Translate

04 April 2025

Op Tunggak: RM2.5 juta saman dibayar sejak September 2024 - JPJ



Op Tunggak: RM2.5 juta saman dibayar sejak September 2024 - JPJ

Bernama

04/04/2025


Muhammad Kifli berkata kebanyakan saman dibayar di Perlis, diikuti Kedah, Kelantan dan Perak iaitu negeri yang bersempadan dengan Thailand. - Foto fail/BERNAMA


KOTA BHARU: Sebanyak RM2.5 juta saman telah dibayar oleh pemandu warga asing terutama dari Thailand menerusi Op Tunggak kenderaan asing sejak September tahun lepas.

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Muhammad Kifli Ma Hassan berkata kebanyakan saman dibayar di Perlis, diikuti Kedah, Kelantan dan Perak iaitu negeri yang bersempadan dengan Thailand.

"Kebanyakan saman membabitkan pemandu van yang membawa pulang pekerja dari Thailand di Malaysia terutama kawasan Lembah Klang.

"Saman tertinggi dibayar adalah melibatkan seorang pemandu van warga Thailand baru-baru ini yang mempunyai saman tertunggak RM65,000. Sebaik menjelaskan saman kita telah melepaskan van berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Operasi Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2025 di Terminal Bas Lembah Sireh, di sini semalam.

Sementara itu, Muhammad Kifli berkata JPJ juga telah mengutip RM35 juta saman tertunggak hasil inisiatif tawaran kompaun khas kadar rata RM150 setakat ini.

"Sehingga kini masih ada lebih kurang dua juta saman yang belum diselesaikan dan JPJ menyeru orang ramai agar segera membayar sebelum 30 Jun depan.

"Kompaun khas ini melibatkan tiga kesalahan iaitu tiga jenis notis saman JPJ iaitu Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) (Saman 53A), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115)," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 46 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Ber' 52 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Ugut Bapa Tiri | Anak lelaki pengasas Dnars dilepa' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A Sessions Court judge and a deputy public prosecu' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada bukti penglibatan bekas pakar patologi dengan ' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Tindakan lanjut sele' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Chandubatla viewed 'Property tycoon Ong Beng Seng allowed to leave Sin' 2 hrs 41 mins ago