Translate

06 April 2025

Nahas Terowong Menora: Pemandu kereta merah tampil beri keterangan



Nahas Terowong Menora: Pemandu kereta merah tampil beri keterangan

Bernama

05/04/2025


Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata keterangan itu telah dirakam di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh semalam. - BERNAMA


IPOH: Pemandu kereta berwarna merah yang dikaitkan dengan kemalangan maut di KM264 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora di sini Ahad lepas, tampil beri keterangan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata keterangan itu telah dirakam di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh semalam.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menilai keterlibatan kenderaan terbabit dalam kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata pemandu kereta jenis Perodua Bezza, yang juga suami kepada mangsa yang maut dalam nahas itu dimaklumkan masih mengalami trauma kesan daripada kejadian.

"Lelaki itu menghadapi kesukaran untuk memberi keterangan kerana terdapat 15 jahitan di dalam mulut. Dia masih tinggal bersama keluarganya di Tanjung Malim," katanya dalam kenyataan malam ini.

Abang Zainal Abidin berkata ahli keluarga mangsa juga telah membuat satu laporan polis pada 10.42 malam semalam berkaitan kehilangan barang kemas milik mangsa dan kes berkenaan kini dalam siasatan.

"Polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pelbagai sudut termasuk laporan forensik, keterangan saksi dan rakaman kamera papan pemuka sedang dianalisis untuk mendapatkan gambaran sebenar kejadian," katanya.

Kemalangan di KM264 arah selatan itu menyebabkan seorang wanita Nur Fatihah Badrul Hisyam, 25, yang hamil lapan bulan dan anaknya berusia dua tahun Naira Falisya Abdul Rahman meninggal dunia selepas kereta dinaiki mereka terbabas.

Naira Falisya maut di lokasi kejadian manakala Nur Fatihah disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Berdasarkan video nahas yang tular menerusi media sosial, Nur Fatihah juga dilanggar sebuah kenderaan, namun pemandu itu didakwa tidak berhenti untuk membantu mangsa sebaliknya meneruskan perjalanan.

-- BERNAMA





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'AKPS perlu masa penyesuaian untuk laksana fungsiny' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 58 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Aptos viewed 'KKM pantau rapi tarif baharu AS, fokus peranti per' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JDT Lakar 'Quadruple' Ketiga Berturut-Turut | BEST' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan enam lelaki selesai kes tembak kurang ' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Pandu Kereta Lawan Arus Ditahan Polis | BES' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 1 hr 59 mins ago