Translate

14 April 2025

Lawatan Negara Presiden China: Akses ke KLIA Terminal 2 ditutup sementara pada 15, 17 April



Lawatan Negara Presiden China: Akses ke KLIA Terminal 2 ditutup sementara pada 15, 17 April

Bernama

14/04/2025


Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam hantaran Facebook rasminya hari ini memaklumkan balai berlepas, ketibaan dan tempat letak kereta KLIA Terminal 2 akan ditutup kepada kenderaan.


PUTRAJAYA: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 tidak akan dapat diakses oleh pengguna jalan raya semasa tempoh penutupan jalan sementara, esok dan 17 April, sempena lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam hantaran Facebook rasminya hari ini memaklumkan balai berlepas, ketibaan dan tempat letak kereta KLIA Terminal 2 akan ditutup kepada kenderaan.

"Terminal 2 hanya boleh diakses melalui KLIA Transit dari Terminal 1. Penumpang yang tiba di Terminal 2 perlu menaiki KLIA Transit ke Terminal 1 untuk perjalanan seterusnya," menurut MAHB.

Penutupan jalan sepenuhnya akan dilaksanakan pada 15 April bermula 6 petang hingga 7 malam dan pada 17 April dari 8.50 pagi hingga 9.50 pagi melibatkan Lebuh KLIA, Lebuhraya ELITE, Lingkaran Putrajaya, Lebuh Putrajaya-Dengkil, Persiaran Selatan, Lebuh Gemilang, Jalan P5.

MAHB menasihatkan semua penumpang untuk merancang perjalanan mereka ke dan dari lapangan terbang di luar waktu penutupan jalan bagi mengelakkan kelewatan.

Bagi mereka yang perlu memandu, laluan alternatif yang disarankan adalah melalui Lebuhraya ELITE (E6) > keluar di Tol Serenia > Kota Warisan (Bulatan Masjid) > Jalan KLIA 1 > Bulatan Charterfield > Terminal 1 KLIA (balai berlepas, ketibaan dan tempat letak kereta).

MAHB memohon kerjasama semua pihak untuk mematuhi arahan dan merancang perjalanan dengan teliti bagi memastikan kelancaran operasi sepanjang tempoh lawatan rasmi ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'BEST FBKL' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dalam Nahas Dua Kend' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91 | BEST ' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sepak terajang sebelum final Piala Malaysia | BEST' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AKPS perlu masa penyesuaian untuk laksana fungsiny' 4 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 5 hrs 14 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 5 hrs 18 mins ago