Translate

28 March 2025

Semua pihak perlu beradab apabila buat hantaran berkait 3R di media sosial



Semua pihak perlu beradab apabila buat hantaran berkait 3R di media sosial

Bernama

28/03/2025


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar mengingatkan semua pihak supaya lebih beradab apabila membuat hantaran di media sosial berkaitan isu kaum, agama dan raja (3R). - Gambar fail/BERNAMA


PAPAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar mengingatkan semua pihak supaya lebih beradab apabila membuat hantaran di media sosial berkaitan isu kaum, agama dan raja (3R).

Beliau berkata ia penting bagi memastikan keharmonian masyarakat pelbagai agama dan kaum di negara ini terus terpelihara.

"Rakyat perlu menyemak sesuatu fakta yang betul dan bukannya berdasarkan emosi, khususnya yang melibatkan isu 3R. Kita kena berhati-hati kerana isu (3R) boleh diapi-apikan sehingga boleh memecahbelahkan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ihya Ramadan Parlimen Papar di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merangkap Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali.

Mohd Na'im juga berkata sebarang perkara yang boleh menimbulkan perseteruan perlu dielakkan demi mengekalkan kesatuan dan perpaduan di negara ini.

Pada majlis itu, Mohd Na'im turut menyampaikan sumbangan RM146,000 daripada agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada 16 masjid, 74 surau, siak dan bantuan makanan kepada golongan asnaf bagi Parlimen Papar.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Putrajaya viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang sejak 5 Ap' 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Impian kanak-kanak penghidap kanser darah jadi ask' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 2 hrs 59 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 7 mins ago