Translate

28 March 2025

Nahas Padang Besar: Remaja 16 tahun meninggal dunia selepas 20 hari bertarung nyawa



Nahas Padang Besar: Remaja 16 tahun meninggal dunia selepas 20 hari bertarung nyawa

Bernama

28/03/2025


Umar Haziq Rahimi. - Foto BERNAMA


KANGAR: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang terlibat dalam kemalangan tragis yang meragut nyawa bapanya, seorang pesara tentera, pada 7 Mac lalu berhampiran Padang Besar, meninggal dunia semalam, selepas 20 hari bertarung dengan kecederaan serius di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata Umar Haziq Rahimi, disahkan meninggal dunia oleh doktor pada pukul 4.30 petang akibat 'Severe Traumatic Brain Injury with Polytrauma'.

"Pihak polis menerima panggilan daripada pihak hospital pada pukul 5.17 petang memaklumkan bahawa mangsa, yang telah dirawat selama 20 hari di HTF, telah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 8 Mac lepas, media melaporkan seorang pesara tentera maut manakala anak lelakinya cedera parah apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta Honda Civic di Jalan Dato Kayaman, Beseri, pada 7 Mac.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Sarih Salleh berkata kejadian berlaku sekitar 7.45 malam dan mangsa berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anaknya yang merupakan pembonceng motosikal dibawa ke HTF untuk menerima rawatan.

Sarih berkata pemandu lelaki Honda Civic, yang berusia 33 tahun, turut mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di HTF.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Timbalan Menteri & Abdullah' 11 mins ago
A visitor from Melaka viewed '‘Saya ditahan ketika pergi dan balik di KKIA’ - Ah' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '‘Saya ditahan ketika pergi dan balik di KKIA’ - Ah' 38 mins ago
A visitor from Seremban viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEJADIAN DAHSYAT LORI REMPOH BANYAK KENDERAAN DI T' 41 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '15 countries have sent trade deal p' 53 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BEST FBKL' 1 hr ago