Translate

22 March 2025

Kenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu cuai, melulu - Lee



Kenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu cuai, melulu - Lee

Bernama

22/03/2025


Lee berpandangan pesalah berulang harus dikenakan tindakan undang-undang yang lebih ketat termasuk kemungkinan hukuman penjara. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Hukuman lebih berat terhadap mereka yang memandu secara melulu dan cuai perlu dilaksanakan bagi mengurangkan jumlah kematian dan kecederaan serius akibat kemalangan jalan raya terutamanya semasa musim perayaan, kata Pengerusi Perikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.

Hukuman lebih berat diperlukan untuk pemandu yang memandu secara melulu dan cuai bagi mengurangkan kemalangan jalan raya, terutama semasa musim perayaan.

Penguatkuasaan lebih ketat terhadap kenderaan berat dan penggunaan teknologi seperti kamera AI dan ANPR perlu diperluas untuk mengesan pesalah trafik.

Kempen kesedaran pemanduan bertanggungjawab harus ditingkatkan untuk membentuk budaya pemanduan yang selamat dan mengurangkan kemalangan.

Menerusi kenyataan hari ini, beliau menggesa kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan untuk menambah kadar denda dan memperkenalkan hukuman penggantungan lesen terhadap individu yang memandu laju dan memotong kenderaan secara berbahaya.

"Pesalah berulang harus dikenakan tindakan undang-undang yang lebih ketat termasuk kemungkinan hukuman penjara," katanya.

Aktivis sosial itu turut menekankan keperluan penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap kenderaan berat kerana kenderaan itu menyumbang kepada kadar kematian akibat kemalangan jalan raya yang tinggi.

"Pemeriksaan ketat perlu dilakukan bagi memastikan kenderaan komersial berada dalam keadaan selamat dan pemandu tidak keletihan, atau berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol," katanya.

Lee berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu meningkatkan kehadiran mereka dengan menambah lebih banyak pegawai penguat kuasa di lebuh raya dan jalan utama, khususnya di kawasan yang sering berlaku kemalangan.

Beliau berkata kamera pengawasan yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI) dan sistem pengecaman nombor pendaftaran automatik (ANPR) juga perlu diperluas untuk mengesan pesalah trafik pada masa sebenar.

Lee turut menggesa supaya pemandu yang berjalan jauh diwajibkan berehat dan segera melakukan pemeriksaan kenderaan sebelum waktu puncak musim perayaan terutamanya bagi bas ekspres dan lori.

"Walaupun penguatkuasaan adalah penting, membentuk budaya pemanduan yang bertanggungjawab juga sama mustahaknya. Kempen kesedaran harus menekankan tanggungjawab masing-masing, tabiat pemanduan selamat dan kesan buruk pemanduan melulu terhadap keluarga dan masyarakat," katanya.

Beliau berkata musim perayaan seharusnya menjadi waktu penuh kegembiraan dan bukanlah tragedi. Tanpa penguatkuasaan yang ketat, hukuman lebih berat dan penggunaan teknologi moden, kehilangan nyawa di jalan raya akan berterusan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Maryland viewed 'US White House Press Briefing February 9, 2017 | B' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pesawat AirAsia KL-Shenzen Mendarat Cemas #MGFlash' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rosmah dibenar masukkan keraj' 32 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Video Of Armed Robbery that left security guards b' 35 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Southampton Stun Liverpool at Anfield with late go' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LELAKI WARGA PAKISTAN SCAM PENIAGA GUNA TAKTIK SAM' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LELAKI WARGA PAKISTAN SCAM PENIAGA GUNA TAKTIK SAM' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2.77 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya utama' 46 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Pesawat AirAsia KL-Shenzen Mendarat Cemas #MGFlash' 49 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Tommy Page, the pop star-turned-music executive kn' 51 mins ago