Translate

22 March 2025

Anggota JPJ menyamar penumpang pantau pemandu bas



Anggota JPJ menyamar penumpang pantau pemandu bas

Bernama

21/03/2025


Azrin (dua, kanan) melihat pemeriksaan terhadap bas ekspres menerusi Operasi Khas sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025 di Depoh Sani Express, Klang Sentral hari ini. - Gambar Bernama


KLANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor akan menugaskan anggotanya menyamar sebagai penumpang bagi mengesan kesalahan pemandu bas sepanjang Operasi Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 bermula 24 Mac hingga 8 April ini.

Pengarahnya Azrin Borhan berkata taktik penyamaran dengan menempatkan anggota di dalam bas membolehkan tindakan saman terus dikenakan terhadap pemandu yang didapati melakukan kesalahan jalan raya selain memastikan kelancaran dan kecekapan operasi pengangkutan awam.

Beliau berkata berdasarkan statistik Ops Penyamaran Sempena Tahun Baharu Cina yang lepas, sejumlah 351 kesalahan dikesan, terutamanya gagal mematuhi lampu isyarat sebanyak 115 kes serta 109 kes memandu di lorong kecemasan.

"Kesalahan lain iaitu 47 kes memandu di lorong kanan secara berterusan serta 28 kes memotong barisan," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan bas bagi Pra-Operasi HRA 2025 JPJ Negeri Selangor di sini hari ini.

Berhubung Pra-Operasi HRA 2025, Azrin berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas 30 bas ekspres sejak 17 Mac lepas, melibatkan Depoh Sani Express di Klang Sentral dan Depoh Konsortium Transnasional Berhad di Seksyen 16, Shah Alam.

Beliau berkata slip pemeriksaan akan dikeluarkan kepada kenderaan yang mematuhi standard dan piawaian ditetapkan untuk kegunaan sepanjang Aidilfitri.

Dalam pemeriksaan itu, sembilan bas dikeluarkan notis larangan penggunaan atau melakukan sebarang perjalanan sehingga kenderaan berkenaan diselenggara sebagaimana yang ditetapkan.

Azrin berkata pemeriksaan itu memberi fokus kepada aspek keselamatan serta komponen utama kenderaan yang perlu diselenggara, seperti ketebalan bunga tayar mengikut standard dan piawaian ditetapkan.

Ia juga termasuk ketebalan bunga tayar sekurang-kurangnya 2.5 milimeter, sistem brek serta aspek keselamatan "active safety", iaitu pencahayaan, lampu wajib, cermin dan reflektor serta kit peralatan kecemasan yang berfungsi dengan baik.

"Semakan lesen memandu juga akan dibuat selain penggunaan Global Positioning System (GPS) di dalam bas turut diberi penekanan bagi tujuan pemantauan pemanduan sepanjang berada atas jalan raya," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di' 17 mins ago
A visitor from Iowa viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 20 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kestabilan politik penting untuk pastikan kerajaan' 24 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 35 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 39 mins ago
A visitor from Ampang viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 42 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 49 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 53 mins ago