Translate

23 March 2025

Kastam Kelantan rampas rokok seludup lebih RM600,000 di Bachok



Kastam Kelantan rampas rokok seludup lebih RM600,000 di Bachok

Bernama

22/03/2025


Wan Jamal Abdul Salam berkata rampasan pertama dilakukan pada 9 Mac lalu, selepas pasukannya menahan sebuah kenderaan Toyota Hilux yang mencurigakan sekitar 1.30 tengah hari. - Gambar Kastam Kelantan


KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok bernilai lebih RM600,000 termasuk cukai dalam dua serbuan berasingan di Kampung Mentera dekat Bukit Marak, Bachok, baru-baru ini.

Pengarah Kastam Negeri Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata rampasan pertama dilakukan pada 9 Mac lalu, selepas pasukannya menahan sebuah kenderaan Toyota Hilux yang mencurigakan sekitar 1.30 tengah hari.

"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan 57,200 batang rokok pelbagai jenama bernilai RM10,420, dengan jumlah keseluruhan rampasan termasuk lori serta cukai dianggarkan mencecah RM85,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pada hari yang sama sekitar 2.30 petang, pasukan operasi turut menyerbu sebuah stor dan menemukan 765,200 batang rokok pelbagai jenama dengan nilai cukai berjumlah RM515,881.

"Siasatan mendapati modus operandi mereka adalah berurusan dengan kumpulan pengedar bagi memasarkan rokok seludup ini di kawasan kampung," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, kerana membabitkan barangan larangan import seperti yang tertakluk di bawah Butiran 1, Jadual Ketiga, Bahagian II Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serah kertas siasatan remaja maut dilanggar ' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Agong berkenan lakukan tinjauan mesra sekitar Buki' 5 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 5 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Transaksi penipuan sebanyak RM399 juta berjaya dih' 8 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Pembinaan 12 set tren baharu untuk Komuter Utara d' 8 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pembinaan 12 set tren baharu untuk Komuter Utara d' 11 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 12 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 16 mins ago
A visitor from California viewed 'Perkhidmatan Rapid KL On-Demand akan perluas di tu' 17 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'BEST FBKL' 18 mins ago