Translate

14 September 2023

YDP Agong selamat berangkat tiba di Pangkalan TUDM Subang Selepas akhiri Kembara Kenali Borneo




Yang di-Pertuan Agong berangkat tiba selepas akhiri Kembara Kenali Borneo

Bernama

September 14, 2023 00:46 MYT
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Komander Pangkalan Udara Subang, Brigadier Jeneral Dr Norazrin Shamsudin dan turut disertai oleh ahli keluarga TUDM. - Foto Facebook Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong berangkat tiba selepas akhiri Kembara Kenali Borneo

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Komander Pangkalan Udara Subang, Brigadier Jeneral Dr Norazrin Shamsudin dan turut disertai oleh ahli keluarga TUDM. - Foto Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat berangkat tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang malam ini selepas menamatkan Kembara Kenali Borneo di Sabah dan Sarawak hari ini.

Menurut catatan di laman Facebook Istana Negara, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Komander Pangkalan Udara Subang, Brigadier Jeneral Dr Norazrin Shamsudin dan turut disertai oleh ahli keluarga TUDM.

Turut berangkat tiba ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.

Kembara Kenali Borneo yang diadakan buat julung kali bagi merealisasikan impian Seri Paduka Baginda berdua untuk mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak menamatkan penjelajahan yang bermula dari 3 Sept dan berakhir di Telok Melano hari ini.

-- BERNAMA


j















Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED