Translate

10 September 2023

Syed Saddiq ditegur oleh Anthony Loke - jangan lupa jasa PH bawa kemenangan di Muar!






Loke berkata, kemenangan Syed Saddiq di Muar merupakan hasil kerjasama dan persefahaman dengan Pakatan Harapan (PH). - Gambar/ Bernama




'Syed Saddiq jangan lupa jasa PH bawa kemenangan di Muar' - Loke

ASTRO AWANI

September 10, 2023

'Syed Saddiq jangan lupa jasa PH bawa kemenangan di Muar' - Loke

Loke berkata, kemenangan Syed Saddiq di Muar merupakan hasil kerjasama dan persefahaman dengan Pakatan Harapan (PH). - Gambar/ Bernama

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diingatkan agar tidak melupakan jasa Pakatan Harapan (PH) yang telah membantu kemenangannya di kerusi Parlimen berkenaan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, kejayaan beliau itu merupakan hasil kerjasama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dengan PH.

“Saya perlu ingatkan Syed Saddiq menang (Parlimen Muar) atas kerjasama dan persefahaman bersama PH dan ini bukan kemenangan peribadi beliau.







“Jangan lupa, beliau bertanding di Parlimen Muar di atas persefahaman politik dengan PH, kita berikan enam kerusi kepada MUDA untuk bertanding dan tidak ada pertembungan. PH berikan laluan kepada beliau untuk menang di Muar.

“Dia menang ketika itu juga mewakili blok PH walaupun tidak bertanding atas bendera PH kerana kita tak letakkan calon di sana (Muar) dan ketika itu beliau melawan calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Loke berkata demikian ketika sidang media selepas hadir Persidangan DAP 2023 di sini, pada Ahad.

DAP sebelum ini menggesa agar MUDA meneruskan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.

MUDA baru-baru ini menyatakan hasrat untuk menarik sokongan terhadap kerajaan ketika ini yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu susulan ketidakpuasan hati MUDA susulan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi 47 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akal Budi.

Keputusan mahkamah itu susulan tindakan pihak pendakwaan membuat permohonan untuk menghentikan prosiding.







Syed Saddiq sah tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan

ASTRO AWANI

September 10, 2023

Syed Saddiq sah tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan

MUDA berkata, antara punca tindakan Syed Saddiq itu adalah keputusan Peguam Negara membabitkan kes Ahmad Zahid. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, secara rasmi menarik diri daripada menyokong Kerajaan Perpaduan berkuat kuasa serta-merta dan menjadi pembangkang kuasa ketiga.

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dalam satu kenyataan hari ini, berkata antara sebab tindakan Syed Saddiq itu adalah keputusan Peguam Negara yang mendorong keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebas Datuk Seri Zahid Hamidi daripada 47 kes pertuduhan.

Kata kenyataan itu, tindakan itu yang dibuat tanpa penjelasan yang menyakinkan telah menimbulkan banyak tanda tanya kepada rakyat secara umum.

"Ini melanggar prinsip kerajaan Madani yang ingin melawan rasuah," kata kenyataan itu.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED