Translate

14 September 2023

Orang ramai boleh uji kereta api laju Jakarta-Bandung pada Oktober - Jokowi



Orang ramai boleh uji kereta api laju Jakarta-Bandung pada Oktober - Jokowi

Bernama

September 14, 2023 00:29 MYT
Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyatakan orang ramai boleh mengambil bahagian dalam ujian perjalanan kereta api cepat Jakarta-Bandung (KCJB) yang bermula pada Oktober tahun ini. - Gambar fail/AP

Orang ramai boleh uji kereta api laju Jakarta-Bandung pada Oktober - Jokowi

Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyatakan orang ramai boleh mengambil bahagian dalam ujian perjalanan kereta api cepat Jakarta-Bandung (KCJB) yang bermula pada Oktober tahun ini. - Gambar fail/AP

BANDUNG: Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyatakan orang ramai boleh mengambil bahagian dalam ujian perjalanan kereta api cepat Jakarta-Bandung (KCJB) yang bermula pada Oktober tahun ini.

"Mari kita berharap agar orang ramai dapat menggunakan kereta api berkelajuan tinggi bermula dari awal Oktober 2023," katanya semasa aktiviti uji perjalanan di Stesen KCJB Padalarang, Daerah Bandung Barat, Jawa Barat, pada Rabu.

Ketua negara itu menegaskan bahawa kerajaan akan meneruskan rancangan untuk memberi peluang kepada orang ramai menaiki kereta api, yang boleh melakukan perjalanan dari Jakarta dan Bandung dalam masa kira-kira 50 minit sahaja, secara percuma sepanjang tempoh ujian.







Jokowi pada masa sama berharap operasi kereta api berkelajuan tinggi itu dapat membantu kerajaan dalam usaha menarik lebih ramai rakyat beralih menggunakan pengangkutan awam.

"Perlu diingat bahawa kesesakan lalu lintas di Jabodetabek dan Bandung telah mengakibatkan kerugian lebih daripada Rp100 trilion (AS$6.5 bilion)," katanya.

--BERNAMA-ANTARA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED