Translate

12 September 2023

Lima pemandu e-hailing didenda RM35,000 bawa 7 pendatang tanpa izin




Lima pemandu e-hailing didenda RM35,000 bawa 7 pendatang tanpa izin

Bernama

September 12, 2023 19:31 MYT

Lima pemandu e-hailing didenda RM35,000 bawa 7 pendatang tanpa izin

Lima pemandu e-hailing didenda RM35,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membawa pendatang tanpa izin dalam kenderaan masing-masing bulan lepas. - Gambar hiasan

MELAKA: Lima pemandu e-hailing didenda RM35,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membawa pendatang tanpa izin dalam kenderaan masing-masing bulan lepas.

Tertuduh, Mohd Taufiq Md Isa, 30, Syed Salim Syed Anuar, 34, Muhammad Hafiz Rudi, 35, Mohd Fhairul Arifin Shaharudin, 39, dan Shahrulnizam Abu Hanafi, 46, menghadapi pertuduhan di dua Mahkamah Sesyen berasingan dalam prosiding hari ini.

Bagi pertuduhan di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam, Muhammad Hafiz dan Syed Salim masing-masing didapati membenarkan dua dan seorang pendatang tanpa izin warga Indonesia berada dalam kenderaan masing-masing.







Di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail pula, Mohd Fhairul Arifin dan Shahrulnizam dituduh membenarkan seorang pendatang tanpa izin dalam kenderaan masing-masing sementara dua pendatang tanpa izin lagi berada dalam kenderaan Mohd Taufiq.

Mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 55E (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM5,000 dan maksimum RM30,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap imigran.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari dan Muhamad Nazrin Ali Rahim mencadangkan hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh selain dapat memberi peringatan kepada individu lain yang bekerja sebagai pemandu e-hailing.

Bagaimanapun peguam Omar Zulkarnain mewakili Mohd Taufiq, Mohd Fhairul Arifin dan Shahrulnizam sementara Datuk Hanif Hassan mewakili Muhammad Hafiz dan Syed Salim merayu hukuman ringan berbentuk denda terhadap anak guam masing-masing kerana kesemua tertuduh telah insaf dengan perbuatan mereka.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 seorang kepada Mohd Taufiq dan Muhammad Hafiz manakala Syed Salim, Mohd Fhairul Arifin dan Shahrulnizam didenda RM5,000 seorang.

Mahkamah juga mengarahkan telefon, anak kunci dan kereta yang didaftarkan atas nama isteri kepada Muhammad Hafiz dan kakak kepada Syed Salim dikembalikan kepada tertuduh.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from California viewed 'Man missing since Sunday in Indonesia has been fou' 12 mins ago
A visitor from New york viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 37 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 46 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat enggan mengulas la' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Segamat viewed '694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Police Show No Mercy as 3 More Students with gang ' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Washington viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Watch Out!, JPJ and Police have come up with a lis' 2 hrs 29 mins ago