Translate

19 June 2023

Ketua Polis Negara Bersara Awal Bulan Depan

 


Acryl Sani akhiri tugas Ketua Polis Negara awal Julai ini
BERITA HARIAN
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, bakal mengakhiri tugasnya lebih awal dari yang tarikh yang dijadualkan.

Beliau akan mengakhiri tugasnya sebagai pemimpin nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada minggu pertama Julai ini meskipun tugas diberikan kepadanya sebelum ini berakhir Oktober ini.

Susulan persaraan beliau, tugas memimpin pasukan PDRM unruk mendepani enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada Julai atau Ogos ini, bakal digalas Timbalannya, Tan Sri Razarudin Husain.

Ketika dihubungi BH semalam, Acryl Sani mengesahkan perkara berkenaan.

"Ya benar, saya akan berundur dari pasukan PDRM pada minggu pertama Julai ini.

"Keputusan ini dibuat disebabkan ada tawaran di luar sana (luar pasukan PDRM) yang perlu saya terima pada masa ini," katanya kepada BH malam semalam.

Anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut mengenai tawaran diterimanya sebaik menamatkan tugas sebagai Ketua Polis Negara.

Sementara itu, berdasarkan maklumat sumber, Acryl bakal dilantik menerajui sebuah syarikat perbankan milik kerajaan dalam masa terdekat.

Langkah Acryl bersara lebih awal ini dapat dilihat apabila juruiring rasminya (ADC) sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields.

Setakat ini nama bakal pengganti Acryl Sani belum dapat dipastikan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED