DUN Selangor bubar Jumaat ini - Setiausaha Sulit Sultan Selangor
Astro Awani
Jun 19, 2023
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibubarkan pada 23 Jun ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). - Foto fail/BERNAMA
DUN Selangor bubar Jumaat ini - Setiausaha Sulit Sultan Selangor
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibubarkan pada 23 Jun ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dibubar pada 23 Jun ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Istiadat Pembubaran DUN Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah di sini hari ini.
Baginda turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor.
Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor bagi memohon perkenan pembubaran DUN negeri itu.
Turut berangkat pada istiadat itu Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Haris Kasim, Speakar DUN Selangor Ng Suee Lim dan barisan Ahli Dewan Diraja Selangor.