Translate

05 March 2021

Tembak Isteri Sedang Tidur Kerana Cemburu - Video


 


Akibat cemburu, isteri ditembak mati sebelum disumbat dalam tong dan ditanam

Astro Awani
5/3/2021

JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang dilaporkan hilang sebelum ini, ditemui mati dipercayai dibunuh oleh suaminya akibat cemburu.

Polis menemui mayat mangsa semalam di dalam tong air berwarna biru dan ditanam di sebuah ladang yang terletak di Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Setakat ini, polis telah menangkap dua suspek lelaki, seorang berusia 43 tahun yang merupakan suami mangsa dan seorang lagi berusia 32 tahun iaitu rakan kepada suami mangsa untuk membantu siasatan.

Hasil siasatan lanjut mendapati, suami mangsa mengaku telah membunuh isterinya di rumah sewaktu tidur dengan menggunakan senapang angin di Taman Saujana, Kota Tinggi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, motif pembunuhan dipercayai akibat cemburu kerana mangsa dipercayai telah meminta cerai.

"Kita masih menjalankan siasatan sama ada rakannya terlibat dalam pembunuhan atau terlibat dalam mengangkat tong itu atau terlibat menanam mayat.

“Mengikut pendedahan awal, mangsa ditembak di dada dengan menggunakan senapang angin. Kita tunggu laporan bedah siasat yang lengkap secara terperinci punca kematian dan sebagainya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor di Johor Bahru pada Jumaat.

Turut dirampas ialah selaras senapang angin, selaras senapang patah, 54 butir peluru penabur, sebuah kenderaan Mitsubishi Pajero bersama kunci dan sebuah jengkaut.

Siasatan juga mendapati, suspek tidak memiliki lesen senjata dan mempunyai dua rekod jenayah lampau.
Suspek telah direman selama enam hari sehingga 10 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Tembak isteri sedang tidur kerana cemburu

Harian Metro
5/3/2021

Misteri kehilangan seorang isteri yang didakwa melarikan diri dari rumah akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam sebuah tong air yang tertanam di sebuah ladang serai, di Bandar Penawar.

Lebih memilukan, suaminya yang berusia 43 tahun, menjadi suspek utama yang dipercayai menembak isterinya yang berusia 38 tahun, ketika wanita berkenaan sedang tidur di kediaman mereka di Taman Saujana, Kota Tinggi.

Source: Harian Metro YouTube


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED