Translate

25 March 2021

Sultan Johor Berkenan Memuliakan Gelaran Yang Amat Mulia Che' Puan Besar Khaleeda


Sultan Johor berkenan memuliakan gelaran Yang Amat Mulia Che' Puan Besar Khaleeda

BERNAMA
25/3/2021

JOHOR BAHRU, 25 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memuliakan gelaran isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Khaleeda Bustamam dengan ‘Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam’.

Yang DiPertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli berkata gelaran itu berkuat kuasa serta-merta.

"Jumaah Majlis Diraja Johor menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim, iaitu Tuanku suka dan berkenan memuliakan gelaran Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam, berkuat kuasa serta-merta," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat diijab kabul dengan Che’ Puan Besar Khaleeda di Istana Bukit Serene pada 24 Okt 2014. Pasangan diraja itu kini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu seorang puteri dan dua putera.


 

#sultanjohor #royalpressoffice #johor

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Wednesday, March 24, 2021

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED