Translate

06 March 2021

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 6 Mac 2021


Kenyataan Akhbar KPK 6 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

6 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 6 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 2,548 kes (289,452 kes kumulatif, 92.8%);
  • Kes baharu : 1,680 kes (311,777 kes kumulatif);
  • Kes import : 3 kes (3 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,677 kes [1,225 warganegara (73.1%); 452 bukan warganegara (26.9 %)];
  • Kes aktif : 21,159 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 172 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 84 kes; dan
  • Kes kematian : 7 kes (1,166 kes kumulatif, 0.37%; 7 warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 826 kes (49.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 737 kes (89.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 221 kes (13.2 peratus) dan Johor sebanyak 139 kes (8.3 peratus).

Sebanyak54 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (17 kes), Kluster Tembok Tapah (15 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (13 kes), Kluster Tembok Taiping (4 kes), Tembok Mempaga (3 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (1 kes), dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga (3) kes di Selangor, tiga (3) kes di Sarawak dan satu (1) kes di Sabah. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 6 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,191 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 4 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 713 kluster (termasuk 14 kluster yang tamat pada hari ini iaituKluster Industri Kampung Baru, Kluster Jalan Bayu Satu, Kluster Jalan Jelutong, Kluster Bandar Lama, Kluster Desa Tun, Kluster Kampung Tualang, Kluster Bukit Emas, Kluster Tapak Bina Jalan Digital, Kluster Jalan Kiara, Kluster Mandin Jaya, Kluster Kampung Perani, Kluster Bintang, Kluster Jalan Tun Mutalib dan Kluster Tapak Bina Jalan Sungai Besi);
  • Jumlah kluster aktif : 478 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 72 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Zamrud (64 kes), Kluster Jalan Muhibbah (31 kes), dan Kluster Jalan Pelabuhan (31 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tiga (3) kluster berkaitan tempat kerja dan  satu (1) kluster yang melibatkan komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Lagoon SelatanSelangorTempat kerja
2Jalan Firma DuaJohorTempat kerja
3Jalan Haji MalekMelakaTempat kerja
4Bukit TunggalSarawakKomuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

6 Mac 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 6 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR826103,908
SABAH7453,387
JOHOR13937,843
WP KUALA LUMPUR81 (3)35,594
NEGERI SEMBILAN8916,372
PULAU PINANG8412,309
PERAK6811,842
SARAWAK22110,895
KEDAH117,710
MELAKA106,053
KELANTAN  355,133
PAHANG173,903
TERENGGANU223,271
WP LABUAN12,256
WP PUTRAJAYA21,086
PERLIS0215
JUMLAH KESELURUHAN1,680 (3)311,777

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 1,680 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 6 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 826 kes 
    • 238 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lagoon Selatan;
    • 499 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 89 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 221 kes
    • 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Tunggal;
    • 122 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 45 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 139 kes  
    • 75 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Firma Dua;
    • 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 89 kes
    • 58 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 84 kes 
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 81 kes  
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 74 kes 
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 53 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 68 kes
    • 58 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 35 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 22 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pahang: 17 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 11 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 10 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster; termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Haji Malek; dan
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes 
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.


LAMPIRAN 3

Ringkasan tujuh (7) kes kematian pada 6 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1160175413SarawakPerempuan (WN)59Hospital SibuPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1161273211SabahPerempuan (WN)84Hospital TawauPenyakit darah tinggi, dan gout.
1162293562SarawakLelaki (WN)43Hospital MiriPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia, dan gout
1163300922SelangorPerempuan (WN)46Hospital AmpangPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1164305624SarawakLelaki (WN)53Hospital BintuluPenyakit kencing manis, jantung, dan obesiti
1165306026SelangorPerempuan (WN)73Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dislipidemia, dan strok
1166308191SelangorLelaki (WN)74Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER LAGOON SELATAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan yang terletak di Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, Subang Jaya, Petaling. Sehingga 6 Mac 2021, sejumlah 34 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2.        KLUSTER FIRMA DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-306828) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Firma 2/1, Kawasan Perindustrian Tebrau 1, Johor Bahru. Sehingga 6 Mac 2021, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana 28 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3.        KLUSTER JALAN HAJI MALEK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-283506) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Haji Malek, Taman Kelubi, Jasin. Sehingga 6 Mac 2021, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4.        KLUSTER BUKIT TUNGGAL

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Julau  di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 300649) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Bukit Tunggal, Julau. Sehingga 6 Mac 2021, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED