Translate

05 March 2021

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 5 Mac 2021


Kenyataan Akhbar KPK 5 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

5 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 5 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,275 kes (286,904 kes kumulatif, 92.5%);
  • Kes baharu : 2,154 kes (310, 097 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (3 warganegara; 2 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 2,149 kes [1,339 warganegara (62.3%); 810 bukan warganegara (37.7%)];
  • Kes aktif : 22,034 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 184 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 87 kes; dan
  • Kes kematian : 6 kes (1,159 kes kumulatif, 0.37%; 6 warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 794 kes (36.9 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 666 kes (83.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 463 kes (21.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 250 kes (11.6 peratus).

Sebanyak81 kes (3.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (39), Kluster Penjara Jalan Harapan (13 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (11 kes), Kluster Telok Mas (6 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (6 kes), Kluster Tembok Taiping (4 kes), Kluster Damai Pelangi (1 kes), dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan lima (5) kes di Selangor, dan satu (1) kes di Kedah. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 5 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,187 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 699 kluster (termasuk 12 kluster yang tamat pada hari ini iaituKluster Ceram, Kluster Jalan Selayang, Kluster Kampung Bukit Biah, Kluster Kota, Kluster Bukit Belimbing, Kluster Bandar Teknologi, Kluster Bercham Raya, Kluster Taman Muhibbah, Kluster Kampung Kemansur, Kluster Jalan Mokhtar, Kluster Jalan Jubilee, dan Kluster Jalan Enam Belas);
  • Jumlah kluster aktif : 488 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 69 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Batu Empat (310 kes), Kluster Kampung Nyatoh (72 kes), dan Kluster Perusahaan Jalan Bukit (51 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan lapan (8) kluster berkaitan tempat kerja dan masing-masing satu (1) kluster yang melibatkan keagamaan dan komuniti.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Tapak Bina Jalan ZamrudSelangorTempat kerja
2Jalan Dato SellathevanSelangorTempat kerja
3Industri Cheras JayaSelangorTempat kerja
4Meranti UtamaSelangorTempat kerja
5Kampung NyatohSelangor dan Negeri SembilanTempat kerja
6Persiaran AlamWP Kuala LumpurTempat kerja
7Jalan Mutiara BaratWP Kuala Lumpur dan SelangorTempat kerja
8Perusahaan 10Pulau PinangTempat kerja
9Kuala PuntehSabahKomuniti
10Jalan SenuPerakKeagamaan

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

5 Mac 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 5 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR794 (2)103,082
SABAH9753,313
JOHOR46337,704
WP KUALA LUMPUR108 (3)35,513
NEGERI SEMBILAN7716,283
PULAU PINANG11912,225
PERAK10911,774
SARAWAK25010,674
KEDAH97,699
MELAKA106,043
KELANTAN  575,098
PAHANG383,886
TERENGGANU163,249
WP LABUAN22,255
WP PUTRAJAYA41,084
PERLIS1215
JUMLAH KESELURUHAN2,154 (5)310,097

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 2,154 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 5 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 794 kes 
    • 243 kes daripada kluster-kluster, termasuk 59 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Zamrud, Kluster Jalan Dato Sellathevan, Kluster Industri Cheras Jaya, Kluster Meranti Utama, dan Kluster Kampung Nyatoh;
    • 423 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 126 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 463 kes  
    • 354 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 63 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 46 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 250 kes
    • 54 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 113 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 83 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 119 kes 
    • 61 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Perusahaan 10;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 109 kes
    • 100 kes daripada kluster-kluster, termasuk 6 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Senu;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 108 kes  
    • 13 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mutiara Barat dan Kluster Persiaran Alam;
    • 58 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 97 kes 
    • 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kuala Punteh;
    • 46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 77 kes
    • 73 kes daripada kluster-kluster, termasuk 71 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Nyatoh;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 57 kes
    • 26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 38 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 16 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 10 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: Sembilan (9) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes 
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Labuan: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan enam (6) kes kematian pada 5 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1154285696KedahPerempuan (WN)52Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan strok
1155306021SelangorPerempuan (WN)78Hospital SelayangPenyakit kanser
1156306058SelangorLelaki (WN)55Hospital Sungai Buloh
1157306494SelangorPerempuan (WN)87Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1158306496SelangorLelaki (WN)62Hospital Sungai BulohPenyakit jantung dan empyema
1159306497SelangorLelaki (WN)61Jenazah dibawa ke Hospital AmpangPenyakit darah tinggi dan jantung

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER KAMPUNG NYATOH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Gombak di Selangor. Tiga (3) kes dalam kluster ini (iaitu kes ke-296511, kes ke-300097, dan kes ke-308185) dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Kampung Nyatoh, Rantau, Seremban. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 193 individu telah disaring, di mana 74 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN ZAMRUD

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Zamrud Utama, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 629 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN DATO SELLATHEVAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Dato Sellathevan, Kampung Jawa, Klang. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI CHERAS JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Cheras Jaya, Hulu Langat. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER MERANTI UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Meranti Utama, Sepang. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 157 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERUSAHAAN 10

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong Perusahaan 10, Prai Industrial Estate, Seberang Perai Tengah. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 372 individu telah disaring, di mana 57 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SENU

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Larut, Matang, dan Selama di Perak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-285447) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti ceramah keagamaan yang berlangsung pada 19 Februari 2021 di Jalan Senu, Kampung Repoh, Batu Kurau. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MUTIARA BARAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling dan Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak berhampiran Jalan Mutiara, Cheras. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 86 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN ALAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di                        Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-285057) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak berhampiran Jalan Persiaran Alam, Cheras. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KUALA PUNTEH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-296961) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan masuk wad. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan di mana kes-kes berlaku iaitu di Kampung Kuala Punteh, Keningau. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 132 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED