Translate

14 March 2021

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 14 Mac 2021


Kenyataan Akhbar KPK 14 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

14 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,782 kes (306,274 kes kumulatif, 94.6%);
  • Kes baharu : 1,354 kes (323,763 kes kumulatif);
  • Kes import : 14 kes (13 warganegara; 1 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,340 kes [1,042 warganegara (77.8%); 298 bukan warganegara (22.2%)];
  • Kes aktif : 16,279 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 158 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 71 kes;dan
  • Kes kematian : 4 kes (1,210 kes kumulatif, 0.37%; 4 warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 577 kes (42.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 471 kes (81.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 178 kes (13.1 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 154 kes (11.4 peratus).

Sebanyak64 kes (4.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (57 kes),  Kluster Tembok Sungai Udang (2 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (2 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua (2) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan masing-masing satu (1) kes di Selangor dan Sarawak. Keempat-empat kes merupakan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lapiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 14 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,237 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : Tiga (3) kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 813 kluster (termasuk 5 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Batu 57, Kluster Jalan Kuala Selangor, Kluster Tanjung Megah, Kluster Tembok Renggam, dan Kluster Jalan Jelatek;
  • Jumlah kluster aktif : 424 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 64 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tembok Tapah (57 kes), Kluster Jalan Kebun Nenas (30 kes), dan Kluster Rawang Bestari (28 kes).


KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan dua (2) kluster tempat kerja dan satu (1) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Tun Mutalib TigaJohorTempat Kerja
2Jalan SuteraSelangorTempat Kerja
3BegalakSarawakKomuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

14 Mac 2021 @ 5.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 14 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR577 (8)108,996
SABAH3953,903
JOHOR12139,086
WP KUALA LUMPUR5536,419
NEGERI SEMBILAN2116,702
PULAU PINANG15413,432
SARAWAK178 (6)12,451
PERAK10112,342
KEDAH337,866
MELAKA46,173
KELANTAN  265,345
PAHANG53,945
TERENGGANU373,409
WP LABUAN12,270
WP PUTRAJAYA21,104
PERLIS0320
JUMLAH KESELURUHAN1,354 (14)323,763

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,354 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 14 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 577 kes 
    • 83 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sutera;
    • 388 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lapan (8) kes import dari luar negara; dan
    • 98 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 178 kes
    • 40 kes daripada kluster-kluster, termasuk 21 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Begalak;
    • 85 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 154 kes 
    • 44 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 73 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 121 kes  
    • 35 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tun Mutalib Tiga;
    • 51 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 101 kes
    • 83 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 55 kes  
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 39 kes 
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 37 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 33 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 26 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 21 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: Lima (5) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kesdaripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan empat (4) kes kematian pada 14 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1207289598WP Kuala LumpurLelaki (WN)87Pusat Perubatan Universiti MalayaPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1208291631SarawakLelaki (WN)61Hospital SibuPenyakit kencing manis dan  nasopharyngeal carcinoma
1209316824SelangorLelaki (WN)79Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, jantung, Parkinson dan strok
1210323199WP Kuala LumpurLelaki (WN)27Hospital AmpangPenyakit leukemia, Transverse Myelitis, dan terlantar.

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1.        KLUSTER JALAN TUN MUTALIB TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-309258) dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tun Mutalib 3, Kawasan Perindustrian, Bandar Tenggara, Kota Tinggi. Sehingga 14 Mac 2021, sejumlah 469 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2.        KLUSTER JALAN SUTERA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Mac 2021 hasil saringan bersasar  pekerja-pekerja sebuah kilang  yang terletak di Jalan Sutera 1/5A, Bukit Angkat, Kajang. Sehingga 14 Mac 2021, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 8 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3.        KLUSTER BEGALAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sibu dan Song di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-317522) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Penularan kes-kes dalam kluster ini berlaku di Sungai Begalak, Batang Rajang, Song serta lokaliti kediaman kes-kes yang terletak di sekitar daerah Song dan Sibu. Sehingga 14 Mac 2021, sejumlah 335 individu telah disaring, di mana 49 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED