Translate

18 March 2021

Peniaga dituduh Rogol, Liwat Cucu Saudara 7 tahun

Peniaga dituduh rogol, liwat cucu saudara
Peniaga mengaku tidak bersalah rogol, liwat cucu saudara 7 tahun


Astro Awani
18/3/2021

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Khamis atas pertuduhan merogol dan meliwat cucu saudaranya yang berusia tujuh tahun.

Bagaimanapun tertuduh yang berusia 56 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia tujuh tahun tanpa kerelaannya di dalam sebuah kedai makan di Kuala Nerus, jam 7 malam, 23 Februari lalu

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

Selain itu, tertuduh turut didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa di lokasi, masa dan tarikh sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377c Kanun Keseksaan yang berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 19 April depan.

Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap 1 dan 15 hari bulan serta tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi sepanjang prosiding berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak, manakala tertuduh diwakili peguam Masliela Ismail.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED