Translate

09 March 2021

Majlis Pecah Tanah Projek Taman Solar Sultan Ibrahim dibatalkan

Majlis Pecah Tanah Projek Taman Solar Sultan Ibrahim dibatalkan

Astro Awani
9/3/2021

KUALA LUMPUR: Majlis Pecah Tanah Projek Taman Solar Sultan Ibrahim di Pengerang, Johor yang dijadualkan pada 23 Mac ini terpaksa dibatalkan.

Dalam muat naik status di Facebook, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah majlis tersebut terpaksa dibatalkan ekoran Kerajaan Persekutuan masih belum memberi maklum balas berkaitan cadangan projek itu.

"Saya nampak tidak ada alasan mengapa Kerajaan Persekutuan tidak boleh berikan peluang kepada Negeri Johor untuk menjadi pengeluar tenaga elektrik yang mesra alam ini, kita ada kawasan tanah yang sesuai, pembangunan yang pesat di negeri ini dan permintaan daripada negara jiran, menjadikan Johor sebagai lokasi yang paling strategik," titah Baginda.

Projek bernilai RM1.4 billion itu akan menjadi yang terbesar seumpamanya, di Asia Tenggara dengan berkapasiti 450 megawatt merupakan projek pelaburan swasta berskala besar yang pertama diperolehi Johor bagi tahun 2021.

Ia adalah usaha Sultan Ibrahim yang sentiasa mengalakkan pelaburan dan pembangunan ekonomi untuk rakyat dan negeri Johor.

"Projek itu juga seiring dengan Pelan Pembangunan Mapan Johor 2030 yang mengutamakan kelestarian alam sekitar dalam pembangunan ekonomi dan kemakmuran hidup rakyat.

"Ia akan turut memberi impak kepada pembangunan ekonomi negeri, dengan penawaran kerja kepada pelbagai peringkat, kerana ia juga akan menjadi sistem penyimpanan tenaga solar terbesar di rantau ini apabila beroperasi sepenuhnya menjelang 2023," memetik kenyataan itu.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 5 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 3 hrs 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 4 hrs 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 35 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 5 hrs 13 mins ago
A visitor from Pekan viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 5 hrs 26 mins ago
A visitor from Nagercoil viewed 'Menang saman fitnah, Khairy Jamaluddin peroleh gan' 5 hrs 36 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Trump verbally sparring with reporter on accepting' 5 hrs 43 mins ago