Translate

08 October 2020

Mukim Klang Dikenakan PKPB, Ini Operasi Yang Masih Dibenarkan Beroperasi | Hari ke-121 PKPP: Ditahan-420 Dikompaun-380 Direman-39 Dijamin-1 (4 Videos)


Mukim Klang dikenakan PKPB, ini operasi yang masih dibenarkan beroperasi
Astro Awani
8 Oktober 2020


KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan dilaksanakan di Selangor mulai tengah malam ini hanya melibatkan Mukim Klang.

Tambahnya, ia tidak melibatkan kawasan lain seperti Pelabuhan Klang dan Kapar.

“Semalam, saya telah mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan PKPB di Klang yang akan berkuatkuasa pada 9 Oktober 2020.

“Setelah mendapat nasihat daripada KKM dan berbincang dengan YAB Menteri Besar Selangor, mesyuarat bersetuju PKPB di Klang adalah di Mukim Klang.

“Walau bagaimanapun, kerajaan masih berbincang dengan kerajaan negeri Selangor mengenai kawasan dan lokaliti yang terlibat dan akan mengumumkan setelah ianya ditentukan,” jelas Ismail Sabri dalam sidang media pada Khamis.

Bagi memastikan kegiatan ekonomi dan bekalan barangan serta makanan tidak terjejas, ini antara ekonomi yang dibenarkan beroperasi:
Pasar Borong bermula jam 4.00 pagi sehingga 2.00 petang
Pasar Biasa bermula jam 6.00 pagi sehingga 2.00 petang
Pasar Tani bermula jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengahari
Walau bagaimanapun, operasi pasar malam adalah tidak dibenarkan.
Source: Astro Awani
PKPB hanya di Mukim Klang, ini 5 perkara tumpuan Menteri Kanan Pertahanan

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Klang tengah malam ini hanya membabitkan mukim Klang sahaja, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berikut adalah perincian sidang media disampaikan oleh Ismail Sabri hari ini.

1) PKPB di Klang yang akan berkuat kuasa tengah malam ini hanya dilaksanakan di kawasan mukim Klang, namun Pelabuhan Klang beroperasi seperti biasa.

2) Pengangkutan awam seperti bas, teksi termasuk e-hailing dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam.

3) PDRM tahan 420 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah itu, 380 individu dikompaun.

4) Bermula 24 Julai sehingga 7 Oktober 2020, seramai 43,968 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa

5) Sehingga 8 Oktober 2020, sebanyak 270 kertas siasatan dibuka oleh PDRM dan SKMM berhubung berita palsu berkaitan COVID-19

Source: Astro Awani



















PKPB KLANG | Pengangkutan Awam Dibenar Beroperasi  



 PKPB hanya dalam mukim Klang  



 PKPB: Pasar malam tutup, makan bungkus  



 PKPB KLANG | Beberapa Aktiviti Ekonomi Tetap Beroperasi


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED