Translate

08 October 2020

COVID-19 Malaysia - Kenyataan Terperinci /Akhbar oleh KP Kesihatan Malaysia | 8 Oktober 2020

Kenyataan Akhbar KPK 8 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 18 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,519 kes (73.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 8 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, KKM ingin memaklumkan bahawa;

  • 18 kes telah dikesan daripada Kluster Tembok, Kluster Benteng LD dan Kluster Penjara Reman (iaitu meliputi 4.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes) hari ini. Kesemua kes positif dalam kluster-kluster terasing ini adalah di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dan di dalam penjara. Ini bermakna mereka terasing daripada masyarakat;
  • 50 kes daripada lain-lain kluster;
  • 303 kes di dalam komuniti; dan
  • Empat (4) kes import.

Secara keseluruhannya, 375 kes baharu telah dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 14,368 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 3,703 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 375 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan bukan warganegara mengembara dari negara:

  • Belgium: Dua (2) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan
  • India: Dua (2) kes saringan sign on dilaporkan di Sarawak.

Daripada 371 kes penularan di dalam negara, 342 kes adalah warganegara Malaysia dan 29 kes adalah bukan warganegara. Daripada 371 kes penularan di dalam negara, 18 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 301 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 271 kes
    • Enam (6) kes daripada Kluster Ramai-Ramai;
    • Lima (5) kes daripada Kluster Laut;
    • Tiga (3) kes daripada Kluster Benteng LD;
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tujuh Serangkai;
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tanamera; dan
    • 252 kes daripada pelbagai saringan lain bagi COVID-19.
  • Selangor: 36 kes
    • 12 kes daripada Kluster Jalan Meru; 
    • Empat (4) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • 20 kes daripada pelbagai saringan lain bagi COVID-19.
  • Kedah: 16 kes 
    • 14 kes daripada Kluster Tembok;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Bah Sintok; dan
    • Satu (1) kes saringan bagi COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 10 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Pantai; dan
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 10 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Bangat; dan
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Sarawak: Enam (6) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Arnab;
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Dua (2) kes saringan lain bagi COVID-19.
  • Johor: Lima (5) kes
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Dua (2) kes saringan lain bagi COVID-19.
  • Perak:  Lima (5) kes 
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Puchong;
    • Dua (2) saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes saringan COVID-19 lain.
  • Terengganu: Lima (5) kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Empat (4) kesdaripada pelbagai saringan lain bagi COVID-19.
  • Negeri Sembilan: Dua (2) kes
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada Kluster Selasih; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Melaka: Satu (1) kes kes saringan lain bagi COVID-19.
  • Pulau Pinang: Satu (1) kes daripada Kluster Penjara Reman.

Sehingga kini, terdapat 60 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 20 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lima (5) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 146 kes (1.02 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes kematianKesJantinaUmur (tahun)HospitalLatar Belakang
14212489Lelaki55Hospital Lahad DatuMempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia.
14313692Perempuan75Hospital SempornaMempunyai penyakit darah tinggi.  
14413705Lelaki57Hospital Duchess of Kent Sandakan  Mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.
14514261Lelaki82Hospital Tawau
14614264Lelaki53Hospital TawauMempunyai penyakit kencing manis

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

LIMA (5) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu di negeri:

  • Sabah – Dua (2) kluster;
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – Satu (1) kluster;
  • Sarawak – Satu (1) kluster; dan
  • Wilayah Persekutuan Labuan – Satu (1) kluster.

1)KLUSTER TUJUH SERANGKAI, SABAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Tuaran, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11569) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 5 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti 22 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 325 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • 23 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 302 individu masih menunggu keputusan.

2)KLUSTER TANAMERA, SABAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Tawau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12868) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 29 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau. Saringan kontak rapat telah mengesan lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 13 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19;
  • Satu (1) individu negatif; dan
  • Tiga (3) individu masih menunggu keputusan.

3)KLUSTER JALAN PANTAI, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14265 dan kes ke-14266) telah dikesan positif COVID-19 pada 8 Oktober 2020 hasil saringan bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan enam (6) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 15 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • Tujuh (7) individu masih menunggu keputusan.

4)KLUSTER BAH ARNAB, SARAWAK

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Kuching, Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13488) dikenal pasti positif COVID-19 pada 7 Oktober 2020 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengesan tiga (3) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 20 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Empat (4) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 16 individu negatif.

5) KLUSTER BAH BANGAT, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-12377) telah dikesan positif COVID-19 pada 3 Oktober 2020 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Saringan kontak rapat telah mengesan lapan (8) lagi kes positif COVID-19. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Labuan untuk rawatan.

Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 45 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19;
  • 32 individu negatif; dan
  • Empat (4) individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan bagi semua kluster baharu masih dalam siasatan.

Punca jangkitan bagi semua kluster baharu masih dalam siasatan.

STATUS TERKINI KLUSTER-KLUSTER AKTIF YANG LAIN DENGAN KES POSITIF COVID-19 PADA HARI INI

Selain daripada lima (5) kluster di atas, terdapat sembilan (9) kluster aktif lain yang mempunyai kes positif COVID-19 pada hari ini iaitu:

  1. Kluster Tembok – 14 kes baharu;
  2. Kluster Jalan Meru – 12 kes baharu
  3. Kluster Ramai-Ramai – 6 kes baharu;
  4. Kluster Laut – 5 kes baharu;
  5. Kluster Benteng LD – 3 kes baharu;
  6. Kluster Bah Puchon – 2 kes baharu;
  7. Kluster Bah Sintok – 1 kes baharu;
  8. Kluster Selasih – 1 kes baharu; dan
  9. Kluster Penjara Reman – 1 kes baharu.

Maklumat lanjut kluster-kluster ini adalah seperti di Lampiran 2.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

8 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 8 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH2713,291
W.P. KUALA LUMPUR12 (2)2,723
SELANGOR362,507
KEDAH161,616
NEGERI SEMBILAN21,065
JOHOR5804
SARAWAK8 (2)732
PAHANG1385
PERAK5295
MELAKA1269
KELANTAN0171
PULAU PINANG1160
TERENGGANU5149
W.P. PUTRAJAYA2114
W.P. LABUAN1049
PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN375 (4)14,368

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Lampiran 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(8 Oktober 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah Sembuh*BWNJumlah Kematian
1TembokKedah, PerakKota Setar, Kamunting, Kubang Pasu, Pendang  141,2005,1491,199 (4)001
2Jalan MeruSelangor, Johor, Kelantan, WPKL & PutrajayaHulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Johor Bharu, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong128055480 (0)000
3.Ramai-RamaiSabahSandakan62633026 (0)000
4.LautSabahKunak5109588109 (0)01070
5.Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan395414,111145 (0)8093810
6.Bah PuchongSelangor, PerakKlang, Kinta, Larut Matang & Selama27867 (0)000
7.Bah SintokKedahKubang Pasu13044330 (0)000
8.SelasihWPKL & Putrajaya, Selangor, JohorWP Putrajaya, Sepang, Johor Bharu11323213 (0)000
9.Penjara RemanPulau PinangTimur Laut185027 (0)011

*BWN = Bukan Warganegara

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED