Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (8 Okt 2020)
1.Task Force Operasi Pematuhan
•3,447 pasar raya, 4,393 restoran serta 1,501 penjaja, dan 2,454 pasar awam/tani telah diperiksa.
• Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk:
o Penjarakan fizikal (145)
o Tidak memakai pelitup muka (117)
o Gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (96)
o Aktiviti di pusat hiburan (26)
o Keluar rumah di kawasan PKPB tanpa alasan munasabah (26)
o Premis beroperasi lebih masa (6)
o Bekerja tanpa permit yang sah (3)
o Menggaji pekerja asing tanpa permit yang sah (1)
2. Kawalan Sempadan Negara
• Semalam, Ops Benteng telah berjaya menahan 31 PATI, 1 tekong dan 1 penyeludup serta merampas 11 kenderaan darat.
• Sebanyak 130 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng juga dilakukan diseluruh negara yang melibatkan:
o PDRM – 108
o ATM – 12 SJR
o AKSEM – 10 SJR
3. Kuarantin Wajib
• Dari 24 Julai sehingga 7 Oktober 2020, seramai 43,968 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
4. Berita Palsu
• Sehingga 8 Oktober 2020, sebanyak 270 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan SKMM berhubung berita palsu berkaitan Covid-19.
• 133 masih dalam siasatan, 35 kes telah didakwa di mahkamah, 19 telah mengaku salah dan 12 diberikan notis amaran.
• 106 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 33,560 individu telah dibenarkan pulang ke rumah.
• 10,302 individu sedang jalani kuarantin wajib di 68 Hotel dan 15 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.
5. Barang Keperluan Asas
•Bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.
• Pegawai penguatkuasa KPDNEHP juga telah melakukan 1,866 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,821 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 44 premis diberi nasihat dan 1 premis diberi amaran.
• Pengusaha dan orang ramai diminta sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan sosial dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian.
6. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang
•Kerajaan masih berbincang dengan Kerajaan negeri Selangor mengenai kawasan dan lokaliti yang terlibat dan akan mengumumkan setelah ianya ditentukan
•Bagi memastikan kegiatan ekonomi dan bekalan barangan serta makanan tidak terjejas, mesyuarat juga bersetuju membenarkan aktiviti ekonomi beroperasi iaitu:
• Pasar Borong bermula jam 4.00 pagi -2.00 petang
• Pasar Biasa bermula jam 6.00 pagi -2.00 petang
• Pasar Tani bermula jam 6.00 pagi -12.00 tengahari
•Operasi pasar malam adalah tidak dibenarkan.
•Kedai-kedai makan, warung juga boleh dibuka tetapi terhad dari jam 6.00 pagi sehingga 10.00 malam dan hanya untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away sahaja.
•Senarai lebih terperinci kegiatan ekonomi akan diumumkan oleh MITI dalam masa terdekat.
7. SOP Penjara
•SOP pengurusan banduan di penjara, SOP penerimaan banduan baru serta SOP bagi mengiringi banduan ke mahkamah, telah pun digunakan.
*Penerimaan Banduan*
• Saringan COVID-19 akan dilakukan kepada banduan yang dikuarantin sebaik sahaja masuk.
• Banduan yang bergejala semasa dalam tempoh kuarantin hendaklah dirujuk kepada hospital dan saringan kedua akan dilakukan pada hari ke-13.
• Setelah tamat tempoh kuarantin, banduan yang negatif akan dipindahkan ke Blok Penempatan Kekal pada hari ke-15 & akan diasingkan selama 5 hari daripada bercampur dengan banduan lain.
*Pengurusan Banduan*
• Jawatankuasa urusetia pengurusan krisis COVID-19 diwujudkan dan diaktifkan
• Pengoperasian Penjara Sementara diwujudkan bagi mengelakkan kesesakan.
• Mewujudkan base untuk anggota KKM di kawasan berhampiran untuk merawat banduan yang tidak kritikal di Blok Penempatan
• Banduan sedia ada dalam Penjara tidak dibenarkan keluar penjara kecuali bagi tujuan rawatan dan pengurangan kesesakan
• Pergerakan dalam Penjara di hadkan kecuali banduan dapur dan banduan kebersihan
• Lawatan keluarga banduan dibatalkan serta merta.
• Membuat sanitasi dalam dan luar Penjara 2 kali sehari.
*Pengiringan Banduan ke Mahkamah atau Pemindahan*
• Pemeriksaan kesihatan ke atas pegawai pengiring dan banduan perlu dilakukan untuk mengesahkan fit to travelling dan bebas gejala COVID-19.
• Pastikan alat bantuan keselamatan dan kenderaan yang akan digunakan telah dinyahkuman.
• Peralatan bantuan lain termasuk sarung tangan, pelitup muka dan hand sanitizer
Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman sesawang Jabatan Penjara Malaysia dan MKN.