KP JAKIM meninggal dunia
Ketua Pengarah JAKIM meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan paru-paru
Astro Awani8 Oktober 2020
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Paimuzi Yahya meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada 1 petang Khamis.
Menurut kenyataan media Unit Komunikasi Korporat JAKIM, Allahyarham mengalami komplikasi jantung dan paru-paru.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Kuang, Selangor sebelum dikebumikan pada petang ini.
“Semoga roh al-marhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-fatihah,” jelas kenyataan media itu.
Sebelum ini, Paimuzi dikatakan bebas daripada pandemik koronavirus (COVID-19).
Ia selepas Allahyarham menjalani pemeriksaan COVID-19 pada 6 Oktober lalu dan keputusannya negatif.
Bagaimanapun, susulan tahap kesihatan kurang memuaskan Allahyarham ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan susulan.
Malah pihak hospital tidak membenarkan mana mana tetamu melawat Allahyarham ketika itu.
Source: Astro Awani