Translate

19 October 2020

COVID-19 Malaysia - Kenyataan Terperinci /Akhbar oleh KP Kesihatan Malaysia | 19 Oktober 2020

Kes Positif Mengikut Negeri


Kenyataan Akhbar KPK 19 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 455 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 13,717 kes (64.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kesyang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (226 kes);
  • Selangor (107 kes);
  • Kedah (97 kes);
  • Johor (13 kes);
  • Terengganu (5 kes);
  • Negeri Sembilan (3 kes);
  • Sarawak (2 kes);
  • Pahang (1 kes); dan
  • Wilayah Persekutuan Labuan (1 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 19 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 865 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 21,363 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,456 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Secara keseluruhan, sebanyak 154 kes (17.8 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan, Kluster Penjara Seberang Perai, Kluster Tembok dan termasuk empat (4) kes saringan tahanan Penjara Tapah. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat. Menteri Kanan Pertahanan, YB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakub telah mengumumkan  Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Penjara Kepayan dan Kuarters Anggota Pegawai di Kampung Matambai bermula 20 Oktober 2020 sehingga 2 November 2020.

Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini pula, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 643 kes (74.3 peratus). Lebih banyak ujian makmal telah dapat dijalankan di Sabah dan yang dihantar ke Semenanjung Malaysia. Manakala, negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 13.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ingin dimaklumkan daripada 865 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tujuh (7) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara dan empat (4) bukan warganegara iaitu dari negara:

  • China (4 kes di Selangor);
  • Australia (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Amerika Syarikat (1 kes di Selangor); dan
  • Qatar (1 kes di Selangor).

Daripada 858 kes penularan di dalam negara, 767 kes adalah warganegara Malaysia dan 91 kes adalah bukan warganegara.

Daripada 858 kes penularan di dalam negara, lima (5) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 448 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 643 kes
    • 183 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 343 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 117 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 101 kes
    • 71 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hentian; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 34 kes
    • 33 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Pulau Pinang: 26 kes
    • 24 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Perak: 18 kes 
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 16 kes
    • 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit;
    • Tiga (3) kes daripada saringan di Depot Tahanan Imigresen;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes saringan individu bergejala.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Enam (6) kes
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Negeri Sembilan: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Johor: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Pahang: Satu (1) kes saringan individu bergejala.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 99 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 190 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes kematianKesNegeriJantinaUmur (tahun)HospitalLatar Belakang
18821139SabahLelaki WN85Hospital Tawau
18921140SabahLelaki BWN52Hospital Queen ElizabethPenyakit kencing manis
19021141SabahPerempuan WN70Hospital Duchess of Kent

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

DUA (2) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

KLUSTER HENTIAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18664) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam (6) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 19 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 127 individu telah disaring, di mana:

  • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 120 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER BUKIT

Kluster baharu ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17531) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 14 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 19 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana:

  • 15 kes dikesan positif COVID-19;
  • 73 individu negatif; dan
  • Satu (1) individu masih menunggu keputusan.

KESAHIHAN MAKLUMAT COVID-19

Kerajaan berusaha sedaya upaya untuk memaklumkan umum mengenai situasi terkini COVID-19 dengan menyalurkan berita sahih, tepat dan cepat. Dalam pada Kerajaan menangani penularan COVID-19, Kerajaan juga perlu menangani isu mesej tular iaitu penularan berita palsu (fake news) dan maklumat tidak sahih yang sengaja dibuat demi kepentingan sesetengah pihak. Tindakan ini adalah sama sekali tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan keresahan dan kerisauan orang ramai.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut yang sahih mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia:

  • Ikutilah Sidang Media COVID-19 oleh KKM, yang kini dijalankan setiap hari;
  • Laman-laman media sosial rasmi KKM,
  • Saluran telegram CPRC KKM: https://t.me/cprckkm;
  • Aplikasi MySejahtera;
  • Maklumat, infografik/video, kenyataan media rasmi KKM dan juga Garis Panduan terkini COVID-19 juga boleh diperolehi dari laman sesawang KKM: http://covid-19.moh.gov.my ;
  • Bagi isu kesihatan berkaitan COVID-19, orang ramai boleh menghubungi CPRC Kebangsaan KKM di talian hotline: 03-88810200, 03-88810600, 03-88810700 dan emel rasmi: cprc@moh.gov.my.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan sebarang berita palsu atau maklumat yang diragui kesahihannya. KKM mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang membantu Kerajaan dalam menyebarkan maklumat yang sahih.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

19 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 19 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH6438,082
SELANGOR107 (6)3,357
W.P. KUALA LUMPUR7 (1)2,853
KEDAH31,940
NEGERI SEMBILAN41,104
JOHOR2839
SARAWAK0768
PULAU PINANG26662
PERAK18415
PAHANG1388
MELAKA16299
KELANTAN0173
TERENGGANU1163
W.P. LABUAN34154
W.P. PUTRAJAYA3128
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN865 (7)21,363

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Lampiran 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(19 Oktober 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah Sembuh*BWNJumlah Kematian
1Penjara KepayanSabahKota Kinabalu135184304184 (0)0690
2AutoSelangor, Negeri SembilanPetaling, Klang, Kuala Langat, Seremban415055150 (0)000
3SagukingWP LabuanLabuan303948739 (0)0180
4Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran151,06516,488246 (0)8184191
5Tujuh SerangkaiSabahTuaran141632,655130 (0)3261
6Penjara
 Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan148687686 (2)0100
7BukitMelakaMelaka Tengah, Jasin, Alor Gajah11158915 (0)000
8AlmaPulau PinangSeberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara101719317 (0)000
9Ramai-RamaiSabahSandakan9191734152 (1)39170
10Jalan MeruSelangor, Johor, Kelantan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, PahangHulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Johor Bahru, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong,  Cheras, Temerloh71311,08065 (0)6670
11Bah TropicanaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai75071540 (0)1000
12SuratSabahSandakan73217327 (0)500
13BuntarKedah, Perak, WP Putrajaya, JohorKuala Muda, Kerian, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru72333523 (0)000
14SimeraTerengganu,Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, WP PutrajayaBesut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru, Putrajaya55273246 (0)620
15LekirPerakManjung41517715 (0)000
16Sungei WaySelangor, WP Kuala LumpurPetaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras35032543 (0)700
17KeladiSelangorKlang32821628 (0)0220
18Bah BundleWP Labuan, JohorLabuan, Johor Bahru32250720 (0)220
19UtamaSelangor, MelakaGombak, Hulu Langat, Petaling, Alor Gajah2185848177 (0)81510
20MenaraSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut, Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah24130841 (0)000
21KencanaSelangor,  Johor, WP Kuala Lumpur, TerengganuPetaling, Hulu Langat, Klang, Gombak, Cheras, Johor Bahru, Batu Pahat, Pontian, Kuala Nerus22523221 (0)400
22MerbokSelangorKuala Langat, Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor21661316 (0)000
23Jalan BombaSabahSandakan21631612 (0)242
24TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda,Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut  Matang & Selama11,5727,311895 (6)676971
25Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Seremban14165428 (0)1310
26Bah SintokKedah, Negeri Sembilan, SelangorKubang Pasu, Seremban, Gombak13849137 (0)100
27TasikSarawak, SelangorMiri, Petaling, Hulu Langat, Klang, Gombak12355122 (0)110
28KhazanahSabahLahad Datu1201,43915 (0)500
29Seri SetiaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, TItiwangsa171453 (0)400
30HentianSelangorHulu Langat171277 (0)050
31JeramKedahKubang Pasu153511 (0)400

*BWN = Bukan warganegara

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED