Translate

01 April 2025

Raja Permaisuri Agong kurnia jamuan hari raya kepada siswazah antarabangsa UTM



Raja Permaisuri Agong kurnia jamuan hari raya kepada siswazah antarabangsa UTM

Bernama

01/04/2025


Antara siswazah antarabangsa menikmati jamuan raya yang menyajikan juadah seperti nasi briyani berlauk ayam, kambing, daging, sate dan manisan. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah pada Isnin berkenan mengurniakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri kepada siswazah antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Johor Bahru.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, selepas solat sunat Aidilfitri, seramai 500 siswazah antarabangsa dari lebih 10 negara berkumpul di Blok UTM International untuk menikmati jamuan raya yang menyajikan juadah seperti nasi briyani berlauk ayam, kambing, daging, sate dan manisan.

Naib Canselor UTM, Profesor Dr Mohd Shafry Mohd Rahim dalam ucapan menjunjung kasih atas keprihatinan Seri Paduka Baginda yang juga Canselor UTM mengurniakan jamuan itu, berharap pelajar antarabangsa yang tiada kesempatan pulang ke negara mereka dapat merasai suasana sambutan hari raya di kampus.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, Hishamuddin Abd Rahim.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Muar town viewed 'BEST FBKL' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Watch the highlights of the funeral of Pope Franci' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kuala Lumpur Tower dibuka semula, tawar pengalaman' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JDT Lakar 'Quadruple' Ketiga Berturut-Turut | BEST' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lagi Kes Rempuhan Lori | BEST FBKL' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Watch the highlights of the funeral of Pope Franci' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kuala Lumpur Tower dibuka semula, tawar pengalaman' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91 | BEST ' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sad that the legendary team won't be there next ye' 1 hr 37 mins ago