Translate

07 April 2025

Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, medan perkukuh perjuangan - Ahmad Zahid



Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, medan perkukuh perjuangan - Ahmad Zahid

Bernama

07/04/2025


Ahmad Zahid berkata ini masanya untuk ahli parti memperkemas gerak kerja, menyuarakan pandangan akar umbi serta memperkukuh saf dengan penuh kebijaksanaan dan kesepaduan. -Facebook


KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu dimanfaatkan sebagai medan memperkukuh perjuangan, memahami cabaran politik semasa dan menyusun langkah bagi memastikan parti itu terus relevan dalam landskap politik yang sentiasa berubah.

Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini dan perlu dimanfaatkan untuk memperkukuh perjuangan dan memahami cabaran politik semasa.

Ahmad Zahid menggesa ahli parti memperkemas gerak kerja, menyuarakan pandangan akar umbi, dan memperkukuh saf dengan kebijaksanaan.

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan berlangsung dari 7 April hingga 25 Mei, diikuti Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ini masanya untuk ahli parti memperkemas gerak kerja, menyuarakan pandangan akar umbi serta memperkukuh saf dengan penuh kebijaksanaan dan kesepaduan.

"Semoga persidangan ini menjadi asas kukuh untuk kita memperteguh perjuangan dan terus memberikan khidmat bakti dengan penuh komitmen dan dedikasi," katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Beliau turut mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO cawangan-cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri di seluruh negara bermula hari ini hingga 25 Mei depan.

Pada 12 Mac lepas mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan tarikh untuk mengadakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan pada 7 April hingga 25 Mei, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian (9 Jun hingga 27 Julai) dan Perhimpunan Agung UMNO dari 20 hingga 23 Ogos.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan enam lelaki selesai kes tembak kurang ' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Barcelona 3-2 Real Madrid | Copa del Rey Final 202' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Barcelona 3-2 Real Madrid | Copa del Rey Final 202' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menang PRK Ayer Kuning, Mohamad Yusri terus turun ' 18 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pelakon Sivakumar Maut Terjatuh Bersama Ibu | BEST' 19 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'BEST FBKL' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 2 hrs 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dalam Nahas Dua Kend' 3 hrs 23 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91 | BEST ' 3 hrs 26 mins ago