Translate

02 April 2025

Beri maklumat jika ada bukti salah laku insiden Putra Heights - Amirudin



Beri maklumat jika ada bukti salah laku insiden Putra Heights - Amirudin

Bernama

02/04/2025


Amirudin berkata langkah itu bagi membantu siasatan terperinci oleh pihak berkuasa berhubung punca sebenar kebocoran dan kebakaran saluran gas yang mengakibatkan kerosakan harta benda penduduk. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari meminta orang ramai yang mempunyai bukti berhubung salah laku berkaitan insiden kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya semalam, supaya tampil memberi maklumat kepada polis.

Beliau berkata langkah itu bagi membantu siasatan terperinci oleh pihak berkuasa berhubung punca sebenar kebocoran dan kebakaran saluran gas yang mengakibatkan kerosakan harta benda penduduk dengan skala sebegitu besar.

"Kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) sedia memberi kerjasama penuh dalam siasatan ini.

"Keutamaan bagi kerajaan negeri bersama kerajaan Persekutuan ialah keselamatan, kebajikan dan keselesaan semua penduduk yang terkesan," katanya menerusi kenyataan.

Semalam, Amirudin berkata laporan awal berhubung insiden itu akan dibentangkan dalam tempoh 72 jam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata polis akan menyiasat dakwaan kerja pengorekan tanah sebagai punca kebakaran itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 9 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 12 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 22 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Akses ke KLIA Termi' 35 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 37 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Two MoUs strengthen Malaysia-China cooperation in ' 41 mins ago