Translate

16 April 2025

Visual iklan cetus reaksi negatif pengguna telah dikeluarkan - Prasarana

 Visual iklan cetus reaksi negatif pengguna telah dikeluarkan - Prasarana

Bernama

16/04/2025 15:50 MYT



Visual iklan cetus reaksi negatif pengguna telah dikeluarkan - Prasarana

Prasarana menurunkan iklan di tren Laluan Ampang/Sri Petaling selepas menerima maklum balas orang ramai.

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), pengendali utama perkhidmatan rel dan bas di Lembah Klang, telah mengeluarkan (menurunkan) sebuah visual iklan yang dipaparkan pada tren perkhidmatan Laluan Ampang/Sri Petaling selepas menerima maklum balas orang ramai.

Ringkasan AI

Prasarana menurunkan iklan di tren Laluan Ampang/Sri Petaling selepas menerima maklum balas orang ramai.

Iklan tersebut mempromosikan produk penjagaan diri dan telah melalui semakan sensitiviti sebelum dipaparkan.

Prasarana akan memperketat proses semakan iklan untuk mengelakkan isu sensitif di masa hadapan.


Menurut kenyataan Prasarana hari ini, iklan terbabit yang mempromosikan produk penjagaan diri telah mengundang pelbagai reaksi, meskipun kandungan asalnya bertujuan menggambarkan situasi harian pelbagai latar belakang rakyat Malaysia dalam menggunakan pengangkutan awam.

Kenyataan itu memaklumkan iklan berkenaan bertujuan memaparkan kepentingan penggunaan produk penjagaan diri dan tidak menyasarkan mana-mana individu atau komuniti tertentu.

"Ia juga telah melalui proses yang sewajarnya, termasuk semakan oleh pihak dalaman dan luaran, merangkumi aspek-aspek seperti sensitiviti kaum, agama dan sosial, sebelum visual dicetak dan dipaparkan.

"Bagaimanapun, visual iklan telah dikeluarkan daripada tren perkhidmatan Laluan Ampang/Sri Petaling setelah menerima maklum balas daripada pengguna," menurut kenyataan itu.



Sebagai pengendali pengangkutan awam yang bertanggungjawab, Prasarana menjelaskan pihaknya mengambil iktibar insiden itu dan akan memperketat proses semakan bagi memastikan visual daripada pengiklan tidak akan menimbulkan isu sensitif kepada orang ramai.

"Prasarana menghargai maklum balas dan pandangan masyarakat terutamanya apabila ia boleh disalah tafsir sebagai suatu bentuk sasaran kepada individu atau komuniti tertentu.

"Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan keprihatinan orang ramai yang berterusan terhadap penggunaan pengangkutan awam," menurut kenyataan itu.

Baru-baru ini, beberapa pengguna media sosial meminta Prasarana menjelaskan tindakan mereka memaparkan sebuah iklan yang didakwa tidak menjaga sensitiviti kaum dan agama kerana memperlihatkan simbol keagamaan dalam kandungan iklan berkenaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed '"Boleh Tidak Dibuat Rayuan! Sebenarnya Saya Masukk' 37 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Melampau Hulu Langat, Saya Bukan Sangka Buruk Deng' 47 secs ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Tahap pematuhan perintah paparan ubat memuaskan - ' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 18 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 30 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Beri Talak Satu Kerana Saya Tidak Pernah 'Give Up'' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guna kenderaan mikromobiliti di jalan raya awam, J' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ketika AS Kenakan Tarif, Tambun Sibuk Jalan Sana S' 1 hr 11 mins ago