Translate

05 April 2025

Anwar terima kunjungan hormat Pengerusi Eksekutif IISS-Asia



Anwar terima kunjungan hormat Pengerusi Eksekutif IISS-Asia

Bernama

05/04/2025


Anwar memaklumkan pertemuan itu membincangkan mengenai hal ehwal geo-strategik serantau terkait keselamatan secara menyeluruh, merangkumi aspek pertahanan, ekonomi, sosial, tenaga, kecerdasan buatan, pusat data serta keselamatan siber.


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengerusi Eksekutif International Institute of Strategic Studies Asia (IISS-Asia) Sir John Miguel Warwick Chipman, di pejabat beliau di Putrajaya, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar memaklumkan pertemuan itu membincangkan mengenai hal ehwal geo-strategik serantau terkait keselamatan secara menyeluruh, merangkumi aspek pertahanan, ekonomi, sosial, tenaga, kecerdasan buatan, pusat data serta keselamatan siber.

"Dalam pertemuan itu, Sir John Chipman menyatakan kekaguman akan peranan Malaysia dalam menyuarakan kepentingan sejagat serta ketegasan dalam hal-hal terkait situasi di Timur Tengah.

"Saya berkongsi aspirasi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, yakni keutamaan adalah agar rantau ini aman, stabil dan makmur supaya rakyat di negara-negara ASEAN dapat bergerak seiring ke hadapan, selain kepentingan hubungan akrab dengan pelbagai negara sebagai kunci utama mewujud hubungan diplomatik yang utuh dalam berhadapan pelbagai cabaran global yang dinamik," kata beliau.

Perdana Menteri berkata John Chipman turut memanjangkan undangan IISS-Asia kepada beliau untuk memberikan ucapan khas sewaktu Shangri-La Dialoge 2025, yang akan diadakan pada 31 Mei depan di Singapura.

Anwar berkata IISS-Asia juga melihat peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 amat penting serta hala tuju yang digerakkan pada tahun ini memberikan impak bukan sahaja kepada rantau Asia Pasifik, malahan ia mendapat perhatian dunia.

"Malah Malaysia turut diundang untuk berperanan dalam IISS Manama Dialoge 2025 pada Oktober kelak.

"Justeru, undangan-undangan ini merupakan suatu penghargaan kepada negara yang menterjemah pengiktirafan dunia terhadap peranan penting Malaysia, sekali gus suatu penghargaan ini merupakan suatu bentuk kejayaan Malaysia yang dihormati dunia," kata Perdana Menteri.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Mitsubishi Triton langgar lari wanita hing' 10 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cacing ditemui dalam tin sardin jenama RANESA yang' 26 mins ago
A visitor from Iowa viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Des moines viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Boydton viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Delaware viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan enam lelaki selesai kes tembak kurang ' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Barcelona 3-2 Real Madrid | Copa del Rey Final 202' 1 hr 39 mins ago