Translate

23 March 2025

Jumlah mangsa banjir di tiga negeri menurun kepada 8,274 orang pagi ini



Jumlah mangsa banjir di tiga negeri menurun kepada 8,274 orang pagi ini

Bernama

23/03/2025


Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri mencatatkan penurunan kepada 8,274 orang pagi ini, berbanding 9,218 petang semalam. - Gambar fail Bernama


KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri mencatatkan penurunan kepada 8,274 orang pagi ini, berbanding 9,218 petang semalam.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir terus mencatatkan penurunan kepada 6,911 orang daripada 2,068 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 8,040 orang 2,485 keluarga, petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) ,Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan hari ini berkata, kesemua mangsa berada di 43 PPS yang beroperasi di lima daerah terjejas.

"Daerah Johor Bahru kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 3,435 orang, diikuti Kluang (1,620), Pontian (1,426), Batu Pahat (340) dan Kota Tinggi pula 90 orang. Selain itu, hanya satu sungai yang dilaporkan melebihi paras bahaya iaitu stesen Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang dengan bacaan 14.99 meter," katanya.

Di SABAH, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 393 daripada 127 keluarga pagi ini berbanding 209 orang daripada 70 keluarga malam tadi dan ditempatkan di lima PPS di Beaufort, Sipitang, Keningau.

Di SARAWAK, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 970 orang dan ditempatkan di enam PPS di dua bahagian negeri itu iaitu Sibu dan Kapit, pagi ini.

Di bahagian Sibu, mangsa banjir ditempatkan di tiga PPS iaitu Dewan Serbaguna Selangau, Dewan Kompleks Sukan Kanowit dan Dewan Komuniti Sibu Jaya, manakala di bahagian Kapit mangsa ditempatkan di Balai Raya Song, Asrama Belia Kapit, dan Dewan Suarah Kapit.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 5 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 7 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 15 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Pasukan Penyelamat Malaysia diiktiraf dunia' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 34 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon? | BEST' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '‘Abang Belon’ Mungkin Patah Tulang | BEST FBKL' 48 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 53 mins ago