Translate

30 March 2025

Isu penjaja belon: DBKL rehatkan anggota terlibat insiden pergelutan



Isu penjaja belon: DBKL rehatkan anggota terlibat insiden pergelutan

Bernama

30/03/2025


Maimunah berkata tindakan itu diambil bagi memberi laluan kepada siasatan dalaman DBKL serta PDRM. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Tiga anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terlibat dalam insiden pergelutan dengan seorang penjaja belon di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Jumaat lepas, direhatkan sementara daripada tugas.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata tindakan itu diambil bagi memberi laluan kepada siasatan dalaman DBKL serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar ia dapat dijalankan secara bebas, telus, dan menyeluruh tanpa sebarang campur tangan.

Dalam satu kenyataan beliau berkata keputusan ini juga turut dibincang bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

"DBKL memandang serius kejadian ini dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku warga kerja sekiranya dibuktikan bersalah, terutama yang menjejaskan integriti dan kepercayaan awam terhadap institusi penguatkuasaan.

"DBKL kekal berprinsip untuk menegakkan tadbir urus yang berintegriti, bertanggungjawab dan berteraskan prinsip keadilan kepada semua pihak. Sebarang keputusan akan ditentukan setelah siasatan penuh selesai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Video pergelutan antara anggota penguat kuasa itu turut tular di media sosial baru-baru ini dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

Penjaja belon berkenaan Muhammad Za'immudin Azlan, 28, kini menerima rawatan di sebuah hospital awam.

DBKL sebelum ini berkata insiden itu berlaku susulan penjaja itu enggan memberi kerjasama dan mematuhi arahan penguat kuasa, selain didakwa bertindak agresif terhadap anggota bertugas.

Sementara itu Maimunah berkata Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Ismadi Sakirin dan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Mohd Muzammer Jamaluddin yang mewakili DBKL telah menziarahi Muhamad Za'imuddin Azlan di hospital berkenaan.

"DBKL akan mempertimbangkan untuk menanggung kos rawatan beliau sepanjang tempoh rawatan, tertakluk semakan lanjut dan keperluan perubatan semasa. Kami menyeru semua pihak mengelak dari membuat spekulasi, bagi membolehkan pihak berwajib menjalankan siasatan terperinci," katanya.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Putrajaya viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang sejak 5 Ap' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Impian kanak-kanak penghidap kanser darah jadi ask' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 3 hrs 17 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 3 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 3 hrs 24 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 25 mins ago