Translate

27 March 2025

Bapa dua beradik melecur main mercun ditahan bantu siasatan



Bapa dua beradik melecur main mercun ditahan bantu siasatan

Bernama

27/03/2025


Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memberi penerangan ketika sidang media hari ini. - Foto Bernama


JITRA: Bapa kepada dua beradik yang cedera dan melecur pada badan termasuk seorang parah akibat bermain mercun bola di Kampung Baru, Kuala Nerang pada 19 Mac lepas, telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Bapa kepada dua beradik yang cedera akibat bermain mercun bola telah ditahan bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Dua beradik tersebut, Muhammad Zharif Daniel dan Muhammad Aiman Naufal, mengalami kecederaan parah dan melecur akibat bermain mercun bola.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001, dan hasil siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada Isnin lepas dan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama setelah rakaman percakapannya diambil.

"Polis sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan selanjutnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya ketika ditanya mengenai perkembangan kes berkenaan.

Dalam kejadian itu, Muhammad Zharif Daniel Norsyuwari Hariz, 7, cedera parah selepas semua jarinya hingga pergelangan tangan kiri hancur selain bawah pipi kanan terkoyak manakala adiknya Muhammad Aiman Naufal, 4, cedera dan melecur di bahagian badan.

Terdahulu, Fisol menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kubang Pasu antara ACP Mohd Redzuan Salleh dengan Supt Mohd Radzi Abdul Rahim yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fisol berkata sempena cuti Aidilfitri ini, jumlah kenderaan yang akan masuk ke Kedah dijangka bertambah berikutan hari cuti yang lama dan diharapkan pengguna jalan raya dapat mematuhi undang-undang bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

"Jumlah kemalangan dari 1 Jan hingga 25 Mac lepas sebanyak 6,174 kes dan ia merupakan penurunan sebanyak 343 kes kemalangan berbanding tempoh yang sama tahun lepas...jumlah kemalangan maut juga menunjukkan trend penurunan, jadi kita harap tidak berlaku peningkatan semasa musim perayaan ini," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Tennessee viewed 'Filipino mum gets 70 years jail for human traffick' 19 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 22 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 25 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Popular television host, actress and entrepreneur ' 25 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 28 mins ago
A visitor from Oregon viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Identiti Tiga Mangsa Maut Dikenal Pasti | BEST FBK' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan lima kend' 1 hr 26 mins ago