Translate

30 March 2025

Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan lima kenderaan di Bentong



Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan lima kenderaan di Bentong

Bernama

30/03/2025


Pihak bomba mengeluarkan semua mangsa menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkan mereka kepada polis untuk tindakan lanjut. - Sinar Harian


KUANTAN: Tiga maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 50.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Kuantan, berhampiran Kampung Lentang, Bentong, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah lori lima tan, Honda Accord, Proton Waja, Proton Saga dan sebuah kenderaan jenis Subaru pada pukul 4.55 petang.

"Terdapat seorang lelaki dan dua wanita dewasa yang meninggal dunia di dalam Honda Accord dan kematian mereka telah disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata pihak bomba mengeluarkan semua mangsa menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkan mereka kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Tiga lagi mangsa dalam Honda Accord, iaitu seorang wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan, mengalami kecederaan.

"Mereka telah diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Bentong," katanya.

Sementara itu, pemandu lori turut mengalami kecederaan manakala lapan individu lain yang merupakan pemandu dan penumpang kenderaan lain terselamat dalam kemalangan tersebut.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong terlibat dalam operasi menyelamat.

- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Menteri kesal, tuan r' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anwar terima kunjungan Gabenor Guangxi, cermin hub' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 6 hrs 34 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Apple loses title of most valuable company to Micr' 6 hrs 57 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 7 hrs 23 mins ago
A visitor from Bengkulu viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 7 hrs 35 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 8 hrs 25 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman seran' 9 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 9 hrs 19 mins ago