Translate

11 June 2024

Duta AS anjur sambutan Hari Kebangsaan, serlah hubungan erat dengan Malaysia

Duta AS anjur sambutan Hari Kebangsaan, serlah hubungan erat dengan Malaysia

Bernama

11/06/2024 Duta AS anjur sambutan Hari Kebangsaan, serlah hubungan erat dengan Malaysia

Edgard D Kagan (kanan) menyambut Anthony Loke yang mewakili Kerajaan Malaysia pada majlis sambutan Hari Kebangsaan AS di Malaysia, pada Isnin. - Foto BERNAMA

Duta AS anjur sambutan Hari Kebangsaan, serlah hubungan erat dengan Malaysia

Edgard D Kagan (kanan) menyambut Anthony Loke yang mewakili Kerajaan Malaysia pada majlis sambutan Hari Kebangsaan AS di Malaysia, pada Isnin. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Edgard D Kagan, menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan AS pertamanya di Malaysia, pada Isnin.

Majlis awal ini diadakan sebagai tanda menyambut Hari Kemerdekaan AS yang ke-248 yang akan diraikan pada 4 Julai.

Sambutan itu yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, dihadiri kira-kira 500 tetamu termasuk ketua-ketua misi asing, pegawai kerajaan Malaysia, dan pemimpin perniagaan.



Kagan berkata, kepelbagaian tetamu yang hadir, termasuk aktivis badan bukan kerajaan (NGO), pendidik, pegawai kerajaan dan wakil universiti, adalah bukti meluasnya perkongsian AS-Malaysia.

"Ia mengingatkan kita bahawa hubungan AS menyentuh begitu banyak individu dalam masyarakat Malaysia," katanya kepada pemberita di majlis itu.

Dalam nada yang sama, Kagan sendiri maklum mengenai tanggungjawab beliau dan rakan-rakannya di kedutaan untuk terus membina asas hubungan yang kukuh antara AS-Malaysia.

"Kita mempunyai sesuatu yang sangat baik, tetapi dengan bekerjasama, kita boleh menjadikannya lebih baik lagi," katanya.

Kagan juga menyatakan keyakinannya bahawa melalui usaha kolaboratif, perkongsian ini boleh ditingkatkan ke tahap lebih tinggi, yang akhirnya memberikan sokongan dan manfaat yang lebih besar kepada rakyat di kedua-dua negara.

Tetamu kehormat pada majlis itu ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang mewakili Kerajaan Malaysia.

Dengan tema "Sukan", acara itu menampilkan persembahan pentas oleh kumpulan muzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Combo KL.

Tanggal 4 Julai menandakan ulang tahun ke-248 pengisytiharan kemerdekaan Amerika Syarikat dan diraikan setiap tahun sebagai cuti umum di AS. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED