Translate

27 June 2024

“Saazish” filem aksi Punjabi Malaysia terbesar, ditayangkan 4 Julai ini



“Saazish” filem aksi Punjabi Malaysia terbesar, ditayangkan 4 Julai ini

Bernama

27/06/2024
Filem aksi Punjabi terbesar Malaysia, "Saazish," bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara, 4 Julai ini dibintangi Kulbeer Singh, Avinder Singh, Amaan Singh Virk, Navinder Kaur dan Datuk Adi Putra.

Filem aksi Punjabi terbesar Malaysia, "Saazish," bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara, 4 Julai ini dibintangi Kulbeer Singh, Avinder Singh, Amaan Singh Virk, Navinder Kaur dan Datuk Adi Putra.

KUALA LUMPUR: Filem aksi Punjabi terbesar Malaysia, "Saazish," bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara, 4 Julai ini.

Pengarah Arjin Uppal berkata, filem itu berkisar tentang konspirasi dan sifat tamak, menampilkan watak-watak yang berbeza dalam plot yang kompleks tertumpu pada tema kekayaan dan tipu daya.

Dibintangi Kulbeer Singh, Avinder Singh, Amaan Singh Virk, Navinder Kaur dan Datuk Adi Putra, filem bertajuk "Saazish" atau 'konspirasi' itu berdurasi selama 90 minit, menjanjikan jalan cerita yang mendebarkan dan dialog puitis.







"Dengan tayangan awal di 35 teater dan berpotensi untuk dikembangkan, penonton Malaysia boleh menjangkakan pengalaman sinematik menggabungkan unsur budaya dengan penceritaan yang penuh unsur suspens," kata Arjin kepada Bernama selepas tayangan perdana gala pada 25 Jun lepas di TGV Cinemas 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Filem tersebut diterbitkan oleh Sri Saheb Production Sdn Bhd.

Sementara itu, Navinder Kaur berkata, "filem ini pastinya mencipta sejarah dalam pawagam Punjabi Malaysia dan membuka lebih banyak peluang."

Menurutnya keistimewaan filem itu ialah penggunaan pelbagai bahasa yang menunjukkan diversiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Menjalankan penggambaran dengan seluruh pasukan (filem) adalah satu pengalaman yang akan sentiasa saya hargai.

"Saya benar-benar bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada filem ini dan mengharapkan sokongan padu daripada penonton. Anda akan dapat menonton gabungan aksi, percintaan dan drama kekeluargaan dalam satu filem," kata Navinder yang juga model dan ahli gusti lengan negara. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 48 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Nearly 45,000 Manchester United-ASEAN All Stars ti' 49 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Emas ditutup tinggi ketika kebimbangan meningkat m' 49 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 1 hr 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'What Happens When The Pope Dies Inside Vatican Cit' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pope Francis Breaks Tradition With Final Wish; Pon' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 1 hr 46 mins ago