Translate

22 June 2024

PM on BlackRock in MAHB privatisation: Please don't politicise it





BlackRock: 'Jangan tunjuk pahlawan, tunggang jadi isu politik' - PM Anwar



PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan pihak-pihak tertentu yang menjadikan isu penyertaan syarikat BlackRock dalam penstrukturan semula kepentingan Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) sebagai isu politik.

Ringkasan AI

Sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan pihak-pihak tertentu yang mempolitikkan isu penyertaan syarikat BlackRock dalam penstrukturan semula kepentingan Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB).

Beliau menegaskan komitmen untuk membela nasib rakyat Palestin, tetapi juga memahami kepentingan ekonomi negara.

Beliau juga menekankan bahawa BlackRock adalah syarikat senaraian awam dan tidak dimiliki oleh rakyat Israel.




Jelas Anwar, sebagai perdana menteri, beliau akan melakukan segala yang termampu bagi membawa suara rakyat Palestin namun dalam masa yang sama, tidak boleh mengambil tindakan yang akan melemahkan ekonomi negara.


"Saya percaya ada hujah yang diberikan secara ikhlas, ada sebahagian lagi nak tunggang (sebagai) isu politik. Boleh tegur saya, tak ada masalah. Tapi jangan nak tunjuk pahlawan.

"Siapa yang izinkan syarikat Israel beroperasi di sini dulu? Kapal mana yang dibenarkan masuk oleh mantan perdana menteri tahun 2002, diteruskan oleh semua kerajaan, semua pemimpin termasuk mantan-mantan menteri yang bising sekarang.

“Saya ambil keputusan batalkan kerjasama dengan semua syarikat Israel yang beroperasi dari Israel. Bagaimana dengan syarikat yang ada operasi di Amerika Syarikat, Jerman, China, yang ada kaitan dengan Israel? Tak ada upaya kita dalam keadaan sekarang membatalkan kerana akan jejaskan ekonomi negara.

“Kita runding dulu dengan Global Infrastructure Partners (GIP). Akhir tahun lalu, BlackRock ambil alih. BlackRock ada operasi atau syarikat yang ada kepentingan BlackRock ada di Kelantan, Selangor, Sarawak, di seluruh negara dan di pasaran saham.

“Jadi saya, sementara keras memperjuangkan dan membela nasib rakyat Palestin, saya akan berdepan dengan sesiapa saja, tetapi saya tidak mahu melemahkan kekuatan ekonomi negara,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya.

Anwar mengulas kritikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis yang mempersoalkan hasrat MAHB menjual 30 peratus saham mereka kepada BlackRock yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel.

Sebelum ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mempertahankan keputusan kerajaan membenarkan BlackRock memiliki pegangan dalam Malaysia Airports MAHB.

Beliau turut menekankan BlackRock adalah syarikat senaraian awam dan tidak dimiliki rakyat Israel.

Pada Jumaat, GIP menegaskan BlackRock Inc tidak pernah sama sekali terlibat dalam sebarang transaksi berhubung penstrukturan semula kepentingan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melalui Gateway Development Alliance (GDA).

Ketua Bahagian Pengangkutan di GIP dan Pengarah GDA Phil Iley berkata seperti yang diumumkan pada Januari lepas, GIP akan diambil alih oleh BlackRock dengan transaksi tersebut dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga 2024.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ketua Pegawai Kewangan, Dua Pegawai Polis Antara E' 2 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AWAS AI Speed Trap Camera's To Begin in June - The' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada elemen pengabaian oleh ibu bapa Zayn Rayyan - ' 3 hrs 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib tokoh pentadbiran berpengalaman l' 3 hrs 52 mins ago