Translate

24 June 2024

Bekas pengarah dedah banyak unsur jenayah dalam pengurusan SRC - Saksi

 Bekas pengarah dedah banyak unsur jenayah dalam pengurusan SRC - Saksi

Bernama

24/06/2024 Bekas pengarah dedah banyak unsur jenayah dalam pengurusan SRC - Saksi

Suboh (foto) berkata bekas CEO Nik Faisal Ariff Kamil telah berbohong kepada lembaga pengarah berhubung penghantaran balik dana SRC dari luar negara

Bekas pengarah dedah banyak unsur jenayah dalam pengurusan SRC - Saksi

Suboh (foto) berkata bekas CEO Nik Faisal Ariff Kamil telah berbohong kepada lembaga pengarah berhubung penghantaran balik dana SRC dari luar negara. -Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah SRC International Sdn Bhd mengakui di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa terdapat banyak unsur jenayah dan pemalsuan berlaku dalam pengurusan syarikat pelaburan strategik itu.

Malah, Datuk Suboh Md Yassin, 73, membuat pengakuan itu berkata bekas ketua pegawai eksekutif syarikat itu Nik Faisal Ariff Kamil, yang kini menjadi buruan pihak berkuasa telah berbohong kepada lembaga pengarah berhubung penghantaran balik dana SRC dari luar negara.

Beliau berkata demikian ketika disoal oleh peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai responden pihak ketiga dalam saman sivil AS$1.18 bilion SRC terhadap bekas perdana menteri dan Nik Faisal.

Muhammad Shafee: Saya telah membuktikan kepada anda dan anda bersetuju bahawa terdapat banyak pemalsuan yang berlaku dalam pengurusan?

Suboh: Ya.

Muhammad Shafee: Adakah anda bersetuju dengan saya bahawa Nik Faisal tidak menghantar balik dana walaupun berjanji kepada lembaga?

Suboh: Ya.

Disoal lanjut oleh peguam sama ada terdapat penyangak dalam pengurusan yang menjalankan rancangan SRC, saksi itu juga menjawab dengan "ya".

Di bawah pengurusan baharu, SRC memfailkan saman itu pada Mei 2021, mendakwa Najib telah melakukan pecah amanah dan salah guna kuasa, secara peribadi mendapat manfaat daripada dana syarikat dan menyalahgunakan dana tersebut.

Ia juga memohon pengisytiharan mahkamah yang menganggap Najib bertanggungjawab ke atas kerugian syarikat akibat pelanggaran tugas dan amanahnya dan untuk Najib membayar balik kerugian RM42 juta yang ditanggung syarikat itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung esok.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'AWAS AI Speed Trap Camera's To Begin in June - The' 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'KDN siasat video papar Jalur Gemilang tidak lengka' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 35 mins ago
A visitor from Manassas viewed 'Guru ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terh' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ketua polis balai bakal berdepan tindakan tatatert' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Nora Mohon Cerai Susulan Gangguan Dan Desakan 'Pih' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'MENYAMAR SEBAGAI PETUGAS PERUBATAN JABATAN KESIHAT' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'RESIT BAYARAN PALSU 2 LELAKI DITAHAN MAKAN PERCUMA' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'RESIT BAYARAN PALSU 2 ANGGOTA BOMBA DISIASAT | BES' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 2 hrs 49 mins ago