Translate

20 June 2024

Pesawat Malaysia Airlines dari Hyderabad berpatah balik susulan masalah enjin



Pesawat Malaysia Airlines dari Hyderabad berpatah balik susulan masalah enjin

Bernama

20/06/2024

Pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi pada 3.21 pagi waktu tempatan, dengan semua penumpang dan anak kapal dalam keadaan selamat




Pesawat Malaysia Airlines dari Hyderabad berpatah balik susulan masalah enjin

Pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi pada 3.21 pagi waktu tempatan, dengan semua penumpang dan anak kapal dalam keadaan selamat.- Gambar hiasan/Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (MAB) mengesahkan bahawa pesawat MH199 dari Hyderabad, India, ke Kuala Lumpur berpatah balik ke Hyderabad berikutan satu daripada enjinnya menghadapi masalah.

Ia berkata pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi pada 3.21 pagi waktu tempatan, dengan semua penumpang dan anak kapal dalam keadaan selamat.

"Penumpang yang terkandas akan dipindahkan ke penerbangan lain bagi meneruskan perjalanan mereka. Pesawat itu kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut," kata MAB dalam satu kenyataan kepada media India dan menambah bahawa keselamatan adalah keutamaan Malaysia Airlines.







Terdahulu, media India melaporkan bahawa sebuah penerbangan Malaysia Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di Hyderabad selepas enjin pesawat itu mengalami masalah teknikal.

Pesawat itu dilaporkan membawa 138 penumpang menuju ke Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED