Translate

27 June 2024

Polis Melaka patahkan sindiket 'along', tujuh ditahan



Polis Melaka patahkan sindiket 'along', tujuh ditahan

Bernama

27/06/2024
Zainol berkata mereka yang ditahan di sebuah kondominium itu termasuk seorang wanita dan berusia antara 18 hingga 48 tahun. - Foto fail/Polis Melaka

Zainol berkata mereka yang ditahan di sebuah kondominium itu termasuk seorang wanita dan berusia antara 18 hingga 48 tahun. - Foto fail/Polis Melaka

MELAKA: Polis Melaka berjaya mematahkan satu sindiket 'along' atau ceti haram yang menyasarkan pelanggan sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka dengan tangkapan tujuh individu termasuk seorang wanita di Jalan Tun Perak di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata mereka yang ditahan di sebuah kondominium itu termasuk seorang wanita dan berusia antara 18 hingga 48 tahun.

Beliau berkata sindiket itu menawarkan pinjaman wang antara RM500 hingga RM5,000 dengan kadar faedah sehingga 20 peratus seminggu.







"Siasatan polis mendapati sindiket tersebut beroperasi di premis berkenaan sejak enam bulan lalu dan mengiklankan tawaran pinjaman mereka menerusi laman sosial Facebook.

"Mereka juga menghubungi pelanggan yang berminat melalui panggilan menerusi aplikasi WhatsApp sebelum melakukan transaksi pindahan wang dalam talian ke akaun bank pelanggan mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainol berkata pelanggan juga diberikan satu akaun dipercayai 'akaun keldai' untuk transaksi bayaran balik pinjaman.

Polis juga merampas 14 telefon bimbit pelbagai jenama, tiga unit komputer, satu unit komputer riba dan 21 keping kad bank serta wang tunai berjumlah RM1,213, katanya.

Beliau berkata semakan juga mendapati empat daripada suspek mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau.

"Kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini hingga Sabtu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 kerana menjalankan perniagaan memberikan pinjaman wang tanpa lesen sah.

"Sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM250,000 hingga RM1 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Urbana viewed 'Police remanded the wife and ex husband, of the la' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 3 hrs 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 4 hrs 41 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 4 hrs 45 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 4 hrs 57 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 5 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Clips of some steamy scenes in a drama shared by a' 5 hrs 23 mins ago