Translate

28 June 2024

Yang di-Pertuan Agong berkenan mempersembahkan warkah persilaan ke Istiadat Pertabalan Baginda kepada Sultan Brunei di Istana Nurul Iman





KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan
Ibrahim hari ini berkenan mempersembahkan warkah persilaan ke
Istiadat Pertabalan Baginda kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal
Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini
memaklumkan majlis menghadap dan persembahan warkah
persilaan itu, kemudiannya diikuti dengan majlis santapan tengah
hari.

Hantaran berkenaan turut berkongsi beberapa foto sekitar majlis
menghadap dan persembahan warkah persilaan itu.

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Hangar
Penerbangan Diraja Brunei disambut Pengiran Muda Mahkota
Brunei Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Pengiran Muda
‘Abdul Malik dan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Hadir sama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Datuk Paduka
Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy
Zairakithnaini, Ketua Protokol Kementerian Luar Datuk Mohd Aini
Atan dan Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Nur
Ezira Mahadi.

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim
akan berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah
Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke17 
pada 31 Jan.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 3 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Senarai Buffet Ramadan / Buka Puasa 2023 Di Kuala ' 9 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia urges citizens to leave South Sudan as se' 2 hrs 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pelabur asing jual ekuiti dalam pasaran Asia berju' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Guru ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terh' 3 hrs 11 mins ago
A visitor from Bayan lepas viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 3 hrs 16 mins ago