Translate

27 June 2024

Malaysia dijangka eksport durian segar ke China selewat-lewatnya Oktober tahun ini



Malaysia dijangka eksport durian segar ke China selewat-lewatnya Oktober tahun ini

Bernama

27/06/2024
Melalui MoU yang ditandatangani 19 Jun lalu, Malaysia mendapat 'lampu hijau' untuk mengeksport durian, namun belum dipastikan tarikh sebenarnya. - Gambar fail

Malaysia dijangka eksport durian segar ke China selewat-lewatnya Oktober tahun ini

Melalui MoU yang ditandatangani 19 Jun lalu, Malaysia mendapat 'lampu hijau' untuk mengeksport durian, namun belum dipastikan tarikh sebenarnya. - Gambar fail

PONTIAN: Malaysia dijangka akan mula mengeksport buah durian segar ke China selewat-lewatnya pada Oktober tahun ini, di mana pengeksportan 'raja buah' berkenaan merupakan sebahagian daripada 14 Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada Rabu lepas (19 Jun).

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata terdahulu melalui MoU berkenaan, Malaysia hanya mendapat 'lampu hijau' untuk mengeksport durian, namun belum dipastikan tarikh sebenarnya.

Beliau berkata setelah mendapat kata sepakat semua pihak, durian segar ini dijangka akan mula dieksport ke China sama ada pada September atau selewat-lewatnya Oktober tahun ini, jika ia mampu melepasi ujian keselamatan bio di negara itu.







"Sebelum ini, kami mengeksport durian sejuk beku ke China tetapi di bawah MoU bersejarah itu, Malaysia akan mula mengeksport durian segar berikutan permintaan terhadap raja buah yang datang dari sana.

"Namun, jumlah sebenar yang akan dieksport bergantung kepada Pentadbiran Am Kastam China (GACC)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama petani dan nelayan tempatan di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Benut di sini hari ini.

Jelas Arthur lagi, sebaik sahaja mendapat kelulusan untuk mengeksport buah berkenaan, Malaysia perlu membalas kepercayaan tersebut dengan setiap pengeluar durian tempatan perlu memastikan durian mereka berada dalam keadaan yang baik serta bersih.

Menurut beliau, pengeluar juga harus memastikan bekalan untuk pasaran tempatan mencukupi meskipun negara ini dijangka akan mengeksport durian segar dengan skala yang besar.

"Biasanya permintaan terhadap durian tempatan lebih daripada mencukupi. Bagi tahun lepas, Malaysia telah mengeksport buah-buahan bernilai RM2 bilion di mana 56 peratus daripadanya adalah durian," katanya.

Terdahulu pada Rabu lalu, Malaysia dan China telah bertukar 14 MoU di mana kedua-dua negara akan berkongsi kepakaran dan amalan terbaik serta bekerjasama dalam pelbagai bidang.

Pertukaran MoU itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang semasa lawatan rasmi tiga hari beliau ke Malaysia.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED