Translate

24 June 2024

KSN ketuai jawatankuasa perhalusi terma dan syarat kontrak Bestinet



KSN ketuai jawatankuasa perhalusi terma dan syarat kontrak Bestinet

Bernama

24/06/2024
Saifuddin berkata jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Mohd Zuki bersama wakil KDN, KESUMA dan Jabatan Peguam Negara. - Gambar fail/Bernama




KSN ketuai jawatankuasa perhalusi terma dan syarat kontrak Bestinet

Saifuddin berkata jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Mohd Zuki bersama wakil KDN, KESUMA dan Jabatan Peguam Negara. - Gambar fail/Bernama

PUTRAJAYA: Kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi membincangkan terma dan syarat kontrak Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) susulan keputusan dasar Kabinet untuk melanjutkan kontrak syarikat itu untuk tempoh tiga tahun lagi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Jabatan Peguam Negara.

"Sudah ditubuhkan (jawatankuasa), Kabinet buat keputusan dasar. Sambung atau tidak (keputusannya adalah) sambung.







"Kabinet menyusul dengan tindakan keputusan bahawa diwujudkan sebuah jawatankuasa dipengerusi KSN," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan membincangkan terma kontrak meliputi prinsip tertentu seperti percepat proses permohonan dan kebajikan pekerja asing.

"Kesemua itu akan jadi satu kerangka yang memandu jawatankuasa yang diketuai KSN ini untuk memperhalusi terma kontrak," katanya.

Bestinet adalah syarikat penyedia Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) (eng: Foreign Workers Centralised Management System).

Ditanya adakah kontrak Bestinet dipersetujui disambung selama tiga tahun, Saifuddin Nasution mengesahkan perkara itu.

"(Kontrak) sudah dimuktamadkan dan sudah diberi keputusan oleh Jemaah Menteri beberapa minggu lalu jadi kerajaan sudah menubuhkan jawatankuasa diketuai KSN,"katanya.

Media sebelum ini melaporkan kontrak Bestinet kemungkinan akan disambung selepas berakhir pada 31 Mei lalu.

Sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 meminta KESUMA dan KDN berbincang dan memutuskan pihak yang akan bertanggungjawab penuh terhadap sistem pengurusan pekerja asing tanpa mengabaikan keperluan semua pihak berkepentingan.

Ini susulan pengurusan pekerja asing melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan FWCMS di bawah KESUMA didapati tidak memuaskan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Brvenica viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TPM, Timbalan Premier Sarawak hadir majlis kesyuku' 18 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'The ringgit started trading on Wednesday almost fl' 58 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 1 hr 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 2 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA | Co' 3 hrs 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 3 hrs 34 mins ago
A visitor from Jambi viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 3 hrs 36 mins ago