Translate

22 June 2024

JIM Kuala Lumpur tahan 15 tukang urut dalam serbuan di Cheras

 JIM Kuala Lumpur tahan 15 tukang urut dalam serbuan di Cheras

Bernama

21/06/2024 23:54 MYT




JIM Kuala Lumpur tahan 15 tukang urut dalam serbuan di Cheras

KUALA LUMPUR: Seramai 15 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai tukang urut, ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di dua premis yang menawarkan perkhidmatan berkenaan di Cheras di sini, hari ini.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata turut ditahan dalam serbuan yang bermula jam 6 petang sehingga 9 malam itu ialah tiga lelaki warga asing, yang dipercayai bekerja sebagai penjaga premis.

Beliau berkata wanita yang ditahan melibatkan sembilan warga negara Thailand, China (2) Indonesia (4) manakala tiga lelaki yang ditahan merupakan warga negara Indonesia, antara 24 hingga 45 tahun.

"Pemeriksaan mendapati semua mereka melakukan kesalahan salah guna pas kerja dan tiada dokumen perjalanan," katanya kepada pemberita selepas selesai operasi berkenaan di sini.

Wan Mohammed Saupee berkata semua yang ditahan akan dibawa ke Kompleks Imigresen Kuala Lumpur bagi urusan dokumentasi dan siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Sementara itu, JIM Kuala Lumpur yang turut melakukan pemeriksaan di kawasan rekreasi Taman Bukit Cheras petang tadi, menahan tujuh lelaki warga negara Myammar ketika sedang bermain sepak takraw.

"Pemeriksan dibuat susulan aduan daripada penduduk taman perumahan itu, yang gusar akan keselamatan mereka susulan ramai warga asing bermain bola sepak dan sepak takraw di situ.

"Pemeriksaan terhadap tujuh individu berkenaan mendapati mereka tidak melakukan kesalahan imigresen, bagaimanapun mereka dibawa ke Kompleks Imigresen Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED