Translate

09 September 2023

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Malam bersama Sultan Brunei



Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Malam bersama Sultan Brunei

Bernama

September 9, 2023 10:45 MYT
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman, Brunei Darussalam. - Foto Instagram/Istana Negara

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Malam bersama Sultan Brunei

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman, Brunei Darussalam. - Foto Instagram/Istana Negara

MIRI: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman, Brunei, malam tadi.

Menurut hantaran di Facebook Istana Negara hari ini, majlis berkenaan dihoskan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berangkat ke Brunei sejak Khamis malam dan bersemayam di Bandar Seri Begawan sebelum meneruskan persinggahan di Sarawak sempena Kembara Kenali Borneo, hari ini.


Kembara Kenali Borneo akan memasuki semula Sarawak menerusi Miri dan beberapa acara sambutan turut dirancang di bandar itu sebelum konvoi bergerak ke Bekenu dan Bintulu, esok.

Kembara Kenali Borneo di Bumi Kenyalang turut melibatkan persinggahan di Sibu, Sri Aman dan Kuching sebelum dilengkapkan dengan perjalanan ke Telok Melano, Lundu di selatan Sarawak pada 13 Sept ini.

Jumaat lalu, konvoi berkenaan yang merealisasikan impian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah untuk mendekati rakyat Sabah dan Sarawak, telah mengakhiri pengembaraan di Bumi di Bawah Bayu sejak ia bermula pada 3 Sept lalu.

Kembara Kenali Borneo selama 11 hari itu melibatkan perjalanan jarak sejauh 2,154 kilometer dengan menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

-- BERNAMA



 The antics of the Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah and the Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah who were willing to go down to the Immigration Control Post counter to see their passports stamped stole the public's attention.

Through a 30-second video uploaded on the Instagram account of the Istana Negara, the King Queen Agong got off the vehicle carrying her and the Agong's passports to get a stamp.

Then, the Immigration officer on duty at the counter greeted them warmly while welcoming the two of them to Miri, Sarawak.

"Please stamp my passport. Quick quick quick. Stamp anywhere you can, there are many empty spaces," said the Queen.

Not long after, the Agong also got off the vehicle and joked with the Immigration officer who was on duty at the counter.

"Look at my face. Right? The original face, yes," said His Majesty the King

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED