63 individu ditahan dalam operasi khas pusat hiburan di JB
Bernama
September 4, 2023 22:20 MYT
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata seramai 210 individu diperiksa di kedua-dua premis hiburan itu dalam operasi tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
63 individu ditahan dalam operasi khas pusat hiburan di JB
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata seramai 210 individu diperiksa di kedua-dua premis hiburan itu dalam operasi tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Seramai 63 individu termasuk empat warga asing ditahan kerana saringan air kencing mereka positif pelbagai jenis dadah dan tiada dokumen perjalanan yang sah dalam operasi khas di dua pusat hiburan di sekitar bandar raya ini, awal padi tadi.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata seramai 210 individu diperiksa di kedua-dua premis hiburan itu dalam operasi tersebut dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Integriti serta Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
Dalam operasi bermula kira-kira jam 12.45 tengah malam hingga 3 pagi tadi, katanya, kesemua mereka termasuk 22 wanita dan berusia antara 19 dan 56 tahun itu direman dua hari untuk siasatan lanjut.
"Bagaimanapun, kedua-dua premis tersebut mempunyai lesen perniagaan yang sah dan beroperasi dalam tempoh masa yang dibenarkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA