Translate

06 June 2023

PUNGGUNG KANAK-KANAK TERCUCUK BESI PAGAR RUMAH

 PUNGGUNG KANAK-KANAK TERCUCUK BESI PAGAR RUMAH




Kredit foto: Bomba Selangor

05/06/2023 11:19 PM

SHAH ALAM, 5 Jun (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila punggungnya tercucuk besi

pagar sedalam 15 sentimeter di kediaman keluarganya di Taman Seri, Sungai Besar, Sabak Bernam, petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.25

petang.

“Seramai 10 anggota bomba termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar telah ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi kejadian, kanakkanak itu masih berada di pagar besi rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Anggota bomba segera bertindak bagi mengangkat kanak-kanak berkenaan sebelum dibawa ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam

bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Menurut Wan Md Razali, ketika kejadian ibu mangsa tiada di rumah dan kejadian itu hanya disedari oleh jiran.

“Menurut jiran, mangsa sering dilihat bermain di atas pagar tersebut,” katanya.

-- BERNAMA

VIDEO:

https://www.tiktok.com/@azimkeciwaa/video/7241205825149226241?_r=1&_t=8cwFoa6RSpl

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED