Translate

07 June 2023

Presiden Jokowi tiba untuk lawatan kerja ke Malaysia

 Jokowi tiba untuk lawatan kerja ke Malaysia

Bernama

Jun 7, 2023 Jokowi tiba untuk lawatan kerja ke Malaysia

Joko Widodo dan isteri Iriana Joko Widodo memeriksa kawalan kehormatan setempat sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini sempena lawatan kerja dua hari di Malaysia. --fotoBERNAMA

Jokowi tiba untuk lawatan kerja ke Malaysia

Joko Widodo dan isteri Iriana Joko Widodo memeriksa kawalan kehormatan setempat sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini sempena lawatan kerja dua hari di Malaysia. --fotoBERNAMA

SEPANG: Presiden Indonesia Joko Widodo tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan kerja dua hari atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan lawatan rasmi pemimpin Malaysia itu ke republik berkenaan pada Januari lepas.

Pesawat khas yang membawa Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi bersama isterinya Iriana Joko Widodo serta delegasi, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada kira-kira 3.40 petang.

Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyambut ketibaan Jokowi, yang turut disertai Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono.



Jokowi kemudian memeriksa kawalan kehormatan setempat terdiri daripada 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Regimen Renjer Diraja yang diketuai Kapten Mohd Nor Zhafran Al-Ahmad.

Sempena lawatannya, Jokowi dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana di Putrajaya esok, selain menghadiri majlis santapan petang bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Jokowi dan Anwar turut dijadualkan menyaksikan pertukaran beberapa perjanjian yang akan ditandatangani oleh wakil kementerian serta agensi berkaitan dari kedua-dua negara.

Kali terakhir Jokowi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia ialah pada 2019, selepas dilantik semula bagi penggal kedua menerusi Pilihan Raya Presiden pada 17 April.

Pada 2022, Indonesia merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dan kedua terbesar ASEAN, dengan jumlah dagangan sebanyak RM130.14 bilion (US$29.55 bilion), peningkatan sebanyak 36.5 peratus berbanding RM95.31 bilion (US$22.98 bilion) pada 2021.

-- BERNAMA


Presiden Joko Widodo dan Ibu Negara Iriana Joko Widodo menemui pelajar dan Warga Negara Indonesia yang menyambutnya di Grand Hyatt Kuala Lumpur




@andrewlsalin Pak Jokowi melawat Malaysia #jokowi #jokowiwidodo #presidenindonesia #indonesia #pakjokowi #kualalumpur ♬ suara asli - Raja Saeful Rohman


@user619309508 #jokowi #lawatan #malaysia ♬ Selamat Datang - Dato' M. Daud Kilau
W

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED