Translate

08 June 2023

Malaysia-Indonesia meterai enam kerjasama perkukuh hubungan dua negara

 Malaysia-Indonesia meterai enam kerjasama perkukuh hubungan dua negara

Bernama

Jun 8, 2023Malaysia-Indonesia meterai enam kerjasama perkukuh hubungan dua negara

Anwar (belakang, kanan) bersama Joko Widodo (belakang, kiri) menyaksikan Saifuddin Nasution (depan, kanan) dan Tito Karnavian (depan, kiri) bertukar dokumen perjanjian lintas sempadan antara Indonesia dan Malaysia di Seri Perdana hari ini. -Bernama

Malaysia-Indonesia meterai enam kerjasama perkukuh hubungan dua negara

Anwar (belakang, kanan) bersama Joko Widodo (belakang, kiri) menyaksikan Saifuddin Nasution (depan, kanan) dan Tito Karnavian (depan, kiri) bertukar dokumen perjanjian lintas sempadan antara Indonesia dan Malaysia di Seri Perdana hari ini. -Bernama

PUTRAJAYA: Perjanjian rentas sempadan antara Malaysia dan Indonesia merupakan antara enam instrumen dua hala yang ditandatangani kedua-dua negara sempena lawatan kerja dua hari Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia.

Menurut kenyataan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Joko Widodo, yang dikeluarkan selepas pertemuan kedua-dua pemimpin itu, perjanjian itu akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Indonesia, khususnya dalam bidang ekonomi dan keselamatan.

Perjanjian yang ditandatangani melibatkan hal berkaitan keselamatan sempadan termasuk di ibu kota baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan ditandatangani Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan rakan sejawatnya Muhammad Tito Karnavian.



Selain itu, Malaysia dan Indonesia juga memeterai dua kerjasama berhubung keselamatan perairan iaitu Perjanjian Berkaitan Persempadanan Laut Wilayah Kedua-dua Negara di Bahagian Paling Selatan Selat Melaka dan Persempadanan Laut Wilayah Dua Negara di Laut Sulawesi.

Kedua-dua perjanjian ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir manakala Indonesia diwakili menterinya Retno Marsudi.

Turut ditandatangani dua kerjasama melibatkan bidang ekonomi iaitu Perjanjian Perdagangan Sempadan dan juga Kerjasama Promosi Pelaburan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz manakala Indonesia diwakili Menteri Perdagangan Zulkifli Hasan dan Menteri Pelaburan Bahlil Lahadalia.

Kedua-dua negara juga menandatangani perjanjian bagi Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal Bagi Produk Domestik yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengerusi Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal bagi Indonesia, Muhammad Aqil Irham.

Majlis pertukaran enam instrumen itu disaksikan Perdana Menteri dan Presiden Indonesia sejurus kedua-dua pemimpin selesai mengadakan mesyuarat.

Terdahulu, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi tiba di Kompleks Seri Perdana pada 10 pagi dan disambut oleh Anwar.

Kedua-dua pemimpin kemudiannya mengadakan pertemuan empat mata bagi menilai kemajuan bidang kerjasama dan membincangkan isu dua hala kedua-dua negara yang tertunggak.

Jokowi tiba di Malaysia semalam bagi memulakan lawatan kerja dua hari atas jemputan Anwar, susulan lawatan rasmi beliau ke republik berkenaan pada Januari lepas.

Kali terakhir Jokowi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia ialah pada 2019, selepas dilantik semula bagi penggal kedua menerusi Pilihan Raya Presiden pada 17 April.

- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED